Anggota kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi yang terkejut atas pemergiaan Allahyarham Abam Bocey semalam turut berkongsi mengenai kisah di antara mereka berdua.

Fakhrul atau nama sebenarnya, Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin yang ketika ini berada di tanah suci menjelaskan, dia mendapat berita tersebut pada waktu Subuh.

“Salam, Mekah baru lepas subuh..bgn2 subuh terkejut sgt tak terkata, bila bukak saja fon dpt nottification bertalu yg shbt kita semua @abam_bocik dah pergi tinggalkan kita, saya  trus ckp pada ust @dondaniyaldonbiyajid_ , “wei kwn kita abam dh takde” mengucap pjg kami berdua.

“Walau sy xserapat dgn arwah mcm ahli kluarganya @fadbocey & @acheykintangkintungdan @aliputeh89, tp sy bersaksi demi Allah, abam seorang yg sgt baik dan sentiasa bahagiakan org lain.

“Masa dlm Muzikal lawak, dia antara pelawak yg selalu dtg peluk sy tanya soalan2 agama..saat sy rasa koyak tak mampu nak tanggung beban utk semi & final, dia yg bg semangat.

IKLAN

“Katanya “ustat..ustat bertuah dpt berkongsi msg2 yg baik di pentas lawak ni, kami semua tak boleh melawak mcm yg ust buat dgn UNI, guna ruang ni,” tulisnya.

Pada masa sama, Fakhrul turut meminta ramai agar mendoakan Allahyarham.

“Harini abam pergi tinggalkan kita, moga segala kebaikan dia buat kwn2 dan kluarga jd temannya di barzakh, kami bakal menyusul abam..kita jmpa di syurga mudahan..Sama2 kita doakan buat arwah.

IKLAN

“Allah ampunilah dia rahmatilah dia dan keluarga yg dia tinggalkan. Al-Fatihah,” titipnya lagi.

View this post on Instagram

Salam, Mekah baru lepas subuh..bgn2 subuh terkejut sgt tak terkata, bila bukak saja fon dpt nottification bertalu yg shbt kita semua @abam_bocik dah pergi tinggalkan kita..sy trus ckp pada ust @dondaniyaldonbiyajid_ , “wei kwn kita abam dh takde” mengucap pjg kami berdua 😭. Walau sy xserapat dgn arwah mcm ahli kluarganya @fadbocey & @acheykintangkintung dan @aliputeh89 , tp sy bersaksi demi Allah, abam seorang yg sgt baik dan sentiasa bahagiakan org lain. . . Masa dlm Muzikal lawak, dia antara pelawak yg selalu dtg peluk sy tanya soalan2 agama..saat sy rasa koyak tak mampu nak tanggung beban utk semi & final, dia yg bg semangat..katanya “ustat..ustat bertuah dpt berkongsi msg2 yg baik di pentas lawak ni, kami semua tak boleh melawak mcm yg ust buat dgn UNI, guna ruang ni” . . . Harini abam pergi tinggalkan kita, moga segala kebaikan dia buat kwn2 dan kluarga jd temannya di barzakh, kami bakal menyusul abam..kita jmpa di syurga mudahan..Sama2 kita doakan buat arwah..Allah ampunilah dia rahmatilah dia dan keluarga yg dia tinggalkan. Al-Fatihah 🤲🏻😭 . . #abambocik #abamboceydalamkenangan

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on

IKLAN

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam.

Arwah meninggal dunia pada usia 32 tahun.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Foto: Instagram Fakhrul UNIC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI