Tahniah diucapkan kepada penyanyi Wany Hasrita yang telah pun selamat bersalin cahaya mata sulung secara normal di sebuah pusat perubatan, petang Sabtu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, memaklumkan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14 petang secara normal. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian foto yang merakamkan gambar bayi perempuannya yang sedang mengenggam tangannya, penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut berdoa agar anak permata hati menjadi pengikat kasih beraama suami, Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.
“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapa.
“Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak,” titip Wany yang disusuli dengan pelbagai dedikasi daripada peminat dan rakan artis.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 50,000 tanda suka.
Imbas kembali, Wany dan Muhd Al-Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin i