“Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti & Ayah untuk membesarkan baby yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh & anak yang berbakti pada Agama kita, keluarga kita & seluruh umat Muhammad,” tulisnya.
Ads
Sementara itu, Siti menerusi akauan Instagram miliknya turut berkongsi video serta kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
“Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.
“Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
Ads
“Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.
“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
“Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Ads
“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t. Video: @rasafilm.co,” tulisnya memberikan kredit.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat Siti seisi keluarga.
Foto: Instagram Asyraf Khalid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecintaan mendalam membuatkan bekas deejay radio Era dan Sinar, Jamal Jamaluddin, 59, tidak pernah jemu daripada menggalas tugas sebagai penyampai radio sejak hampir 40 tahun bergiat aktif dalam bidang itu.
Jamal juga mengakui dia pernah mendapat tawaran daripada dua buah stesen radio sebelum pandemik melanda namun hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan semasa.
“Siapa kata saya tak rindu jadi penyampai radio? Tentulah saya rindu. Malah ramai kalangan peminat dan pendengar yang selalu mengharapkan agar saya kembali ke udara, menghiburkan mereka dengan celoteh dan seleksi lagu lama di tengah malam.
“Satunya, Nasional FM tetapi diduga pula dengan negara yang tiba-tiba dilanda pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kool FM juga ada panggil saya. Namun bila saya nyatakan kesediaan, tiba-tiba berlaku perubahan di mana pengurusan menukar stesen itu dengan jenama baru, Buletin FM,” katanya.
Namun, rezeki tidak diduga apabila dia kemudiannya ditawarkan bagi ‘menghidupkan’ konti stesen radio online, Myfriend FM yang kini sudah genap setahun beroperasi sejak November tahun lalu.
“Saya ada beri cadangan pada pengurusan radio MyFriend FM supaya jadikan konsep radio ini 100 peratus retro. Ini kerana, sudah begitu banyak stesen lain memainkan lagu-lagu baru. Walhal, ramai pendengar yang sukakan lagu lama yang membangkitkan nostalgia juga.
“Saya nak jadikan MyFriend ini umpama radio Sinar yang mana kalau ingat balik, pada lima tahun pertama, mereka mainkan cuma lagu lama. Itu yang buat Sinar jadi stesen nombor satu pada 2010.
“Saya yakin, menerusi formula yang sama, Myfriend FM kini pun sudah memiliki kelompok pendengar setia tersendiri. Saya pun gembira di sini sebab tiada protokol dan yang penting berkonsep retro,” katanya.
Menerusi stesen radio online tersebut, kata Jamal, dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen Cetusan Hati Dan Dedikasi pada setiap Rabu, jam 11 malam sehingga 3 pagi manakala setiap Khamis menerusi segmen Borak Santai Bersama Artis Retro pada jam 11 malam hingga 3 pagi.
Myfriendfm bersiaran menerusi website http://myfriend.fm, aplikasi Playstore myfriendfm, http://tiktok.com/@myfriendfmofficial dan Facebook Myfriend.FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beto Kusyairy & Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Syukur dapat banyak sangat Ilmu agama daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.” Demikian reaksi usahawan terkenal, Asyraf Khalid yang sempat meluangkan masa berjumpa tokoh agama, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Yayasan Ar-Ri’ayah, Ampang, Selangor.
Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid berkata, dia turut menyatakan hasrat menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.
“Kalau dulu, saya ada seorang guru iaitu Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu.
“Jadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama,” katanya.
Asyraf juga pengasas produk minuman jamu Mutyara bersama isterinya yang juga pelakon Tya Ariffin menambah, pertemuan itu memberikan banyak pengajaran dan pengalaman baru buat dirinya.
Perkara tersebut dikongsikan Asyraf menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
“Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali dan Alhamdullillah, semuanya di permudahkan.
“Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebelum membulatkan hati menceburi industri hiburan, aktres Izreen Azminda mengakui telah bersedia dari segi mental dan fizikal khasnya apabila berdepan sebarang kontroversi.
Izreen atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkata, tidak terkecualidia akan berdepan dengan situasi sedemikian.
“Masa mula-mula saya mahu masuk dalam industri ni sejujurnya saya memang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.
“Sebab saya sudah di sedia maklum benda seperti ini pasti akan terjadi. Jadi, sebab tu sekarang kalau apa sahaja yang terjadi saya ’steady’,” katanya.
Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun ini tidak menafikan keluarga juga turut terpalit dengan kisah sensasi membabitkan dirinya sebelum ini.
Namun menurut Izreen, kedua orang tua dan seluruh ahli keluarganya menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka.
“Macam mak ayah saya sama juga, jenis yang ’steady’ juga. Oleh itu apa sahaja yang terjadi pun mereka terima sahaja lah seadanya.
“Janji pada mereka hanya mereka sahaja yang lebih tahu anak dia ni jenis seorang yang macam mana.
“Hanya keluarga saya sendiri sahaja yang tahu kita di kedudukan mana jadi tidak kisah lah apa cerita keluar sekali pun, kita ’steady’ sahaja.
“Kalau nak tahu, ayah dan mak adalah antara orang yang sentiasa sokong saya sebelum ini,” katanya lagi.
Imbas kembali, Izreen mula menceburi karier seni lakonan selepas menyertai program Dewi Remaja 2005/2006 sezaman Scha Alyahya dan Datin Rabecca Nur Al-Islam.
Sehingga kini, sudah hampir 17 tahun bintang asal Perlis ini bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Izreen berkongsikan perkara tersebut di dalam program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan. Ini perkongsian penuhnya;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!