Hari ini, program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) telah pun membicarakan mengenai topik ‘Menghayati Nikmat Syukur’ khusus buat mereka yang baru sahaja kehilangan orang-orang tersayang ketika fasa sukar ini.
Segmen pada hari ini juga turut diadakan khas bersempena memperingati pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah.
Program berkenaan nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah buat pengacaranya sendiri yang juga merupakan pelakon, Fahrin Ahmad.
Fahrin yang dilihat tidak dapat menahan sebak berharap agar topik yang dibahaskan pada hari sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat buat mereka yang sedang berhadapan dengan dugaan yang sangat berat.
Ads
Jelas Fahrin, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa menerima segala takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan meskipun ia bertentangan dengan apa yang kita harapkan.
“Takdir…Berdamai dengan takdir. Buat semua yang kehilangan, diduga dengan takdir yang pada batas akal dan perasaan manusia tidak menyebelahi kita, semoga petikan ini dapat memberi kalian semangat dan kekuatan untuk bangkit dan meneruskan kehidupan,” tulisnya.
Ads
Perkongsian tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Lockdown itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fahrin turut menambah, dia juga tidak dapat membayangkan sekiranya perkara saman turut menimpa dirinya
Ads
“Saya sebak terkenang isteri, anak dan keluarga. Apatah lagi berontak jiwa manusia yang lemah bila takdir tidak ikut kehendak hati. Bersangka baiklah dengan Allah. Berdamailah dengan takdir,” jelasnya lagi.
Pada episod kali ini, WHI turut menjemput beberapa tetamu undangan antaranya, Ustazah Asni Mansor, penyanyi, Azharina serta bekas pengurus Allahyarham Siti Sarah, Norwati Abd Manan.
Sumber: Instagram Fahrin Ahmad, Wanita Hari Ini & Youtube TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya bertemu secara empat mata dengan gadis berusia 22 tahun yang disapa sebagai Wanie bagi membantunya dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Terdahulu, gadis yang mengalami masalah obesiti dengan berat lebih 200 kilogram itu ada berkongsi keinginannya untuk bertemu dengan penyanyi Abang Nak Tegur itu menerusi sedutan video yang turut dikirimkan kepada MH.
“Janganlah kecam saya, saya tak ada pun hina adik ni gemuk. Saya hanya cakap itu sebab badannya terlalu besar. Selama 23 tahun, emaklah yang basuhkan kencing, berak dan maklah yang mandikan.
“Kalau ibarat kata mak telah meninggal macam mana? Siapa yang nak buat semua benda tu,” tanya Aliff kepada Wanie yang sedang dalam linang air mata.
Pada masa sama, Aliff turut berkongsi sedutan Wanie yang dibawa ke Kuala Lumpur bagi rawatan seterusnya.
“Okay sekarang ni kita nak bawa awak ke Kuala Lumpur. Saya nak selamatkan awak, nak buatkan awak kurus. Nak awal lebih sihat, cantik.
“Jadi awak kena kuat. Adik ni tak boleh nak berjalan, jadi kena angkat beramai-ramai,” katanya lagi.
Sehari lalu, Aliff turut memuat naik fotonya bersama Wanie sambil mengakui niat baiknyau untuk membantu Wanie.
Pencetus Ummah(PU) Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail berkongsi pengalaman istimewa bersama Hafidz Roshdi sewaktu sama-sama menjalani penggambaran di Kota London tidak lama dulu.
Jelas penceramah bebas ini, dia cukup kagum dengan keperibadian pelakon tersebut yang cukup menjaga solat fardhu lima waktu dan tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat sekiranya berkelapangan.
Lebih mengagumkan, Hafidz turut memasang penggera di telefon bimbit untuk mengejutkannya pada waktu Subuh dengan kata-kata amaran ‘bangun solat’.
Awal semalam, hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi mengenai pengalaman seorang ustazah yang dikenali sebagai Syadiya Abbas yang berhadapan situasi getir saat berada di wad kecemasan selepas terlibat dalam kemalangan.
Kata Syadiya seperti yang dipetik antara lain membayangkan, dia berdoa agar Allah sentiasa menjaga auratnya, meski dalam apa sahaja situasi sekalipun.
Berikut merupakan status yang diulang kembali, yang diambil menerusi kapsyen bintang berkenaan.
“Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas :
TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.
Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju.
Jubah dan tudung penuh darah.Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.”
Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.
Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.
Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.” Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.
Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.
Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA. “Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.” Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat. “Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.
Saya sebak.
Tuhan…
Engkau Maha Memelihara
Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu
Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku
Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu
Walau beribu derhaka
Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu
Aku tak boleh hidup tanpaMu,” tulisnya panjang lebar.
Momen tersebut difahamkan berlaku pada April tahun lalu di Hospital Besar Ipoh, Perak.
Lalu, perkongsiannya itu dilihat memberi pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya buka mata seterusnya menginsafi diri untuk menjadi insan yang lebih baik, istiqomah dan sebagainya.
Moga-moga perkongsian tersebut memberikan manfaat positif buat semua, insyaAllah…
Foto: Instagram Ahmad Fedtri/ Ustazah Syadiya Abbas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet akui sebak dengan pemergian pempengaruh, Man Kulim ‘Pening’ yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terkahir pada Selasa.