“Bersauna, Bertangas, Berurut, Tungku, Mandian Herba Dan…,” – Lepas ‘Berehat’ Sempena Raya, Tya Sambung Pantang

Share

Selebriti dan usahawan, Tya Arifin sebentar tadi ada berkongsi mengenai perkembangan terkininya sejak melahirkan anak kedua, 9 Mel lalu.

Kongsi pemilik nama lengkap Nurtria Wulandri Arifin ini, dia kini kembali menyambung pantang selepas ‘berehat’ selama beberapa hari bagi menyambut Syawal.

“Setelah berehat sebentar di hari Raya, kembali berpantang lagi. Walaupun beberapa hari saja tidak melakukan rutin pantang, rasanya rindu. Bersauna, bertangas, berurut, tungku, mandian herba dan lainnya.

“Gimana kalau sudah habis pantang ya? Pantang tinggal setengah jalan lagi, target berat badan pun tinggal setengah lagi. Mari kita selesaikan @natalismothercare,” tulis Tya sambil disambut dengan komen dari para peminatnya.

Terdahulu, Tya yang mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Sri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun sementara anak keduanya, diberi nama Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf.

Foto: Instagram Tya Arifin

Published by
Rafiq Mazlan