Categories: Uncategorized

“Berseri-Seri Sejak Kahwin,” – Cantiknya! Kongsi Foto Bersolek Tipis, Penampilan Terkini Hannah Delisha Dipuji

Share

Setelah beberapa hari tidak berkongsi sebarang ‘update’ mengenai dirinya selepas bergelar isteri, pelakon cantik Hannah Delisha dilihat ada memuat naik sekeping fotonya di Instagram, pada Jumaat.

Dirakam secara ‘selfie’ Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Delisha Blackburne Birch itu tampak ayu menawan, meski hanya mengenakan solekan tipis pada wajah.

“Lama tak selfie,” tulisnya ringkas pelakon Tercipta Satu Ikatan itu pada ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian tersebut, entri berkenaan dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji seri serta penampilan pengantin baru itu.

Terdahulu, Hannah yang memilih Muhammad Imam Shah sebagai suaminya pada 18 Februari lalu 

mengakui telah lama saling mengenali, iaitu sejak mereka berlakon bersama di Singapura lima tahun dahulu.

Malah menerusi media sebelum ini, bintang berusia 25 tahun itu turut mendedahkan suami menjadi antara pendorongnya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan.

Sehingga kini, posting tersebut sudah pun menerima hampir 300,000 tanda suka.

Foto: Instagram Hannah Delisha

Published by
MH