Perkongsian satu foto dari Che Puan Syamim Farid menerusi platform Instagram mendapat perhatian ramai.
Mengenakan baju kurung rona merah senada dengan warna tudung yang dipakai, penampilan bintang drama Dua Takdir Cinta ini
cukup mencuri pandangan.Lalu, para peminat memuji imej yang dikongsi permaisuri hati kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj itu.
Malah, ada di antara mereka yang menyifatkan kecantikan itu akan lebih terserlah pabila mengenakan tudung.
Syamim yang juga pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 sebelum ini turut mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan, dirinya sudah bertahun-tahun tidak menjamah nasi.
Sebaliknya, dia lebih gemar mengalas perut dengan mengambil menu sihat lain seperti bijirin dan sayur-sayuran.
Foto: Instagram Syamim Farid