Terbaru, pelakon jelita Rita Rudaini ada berkongsi kata-kata nasihat menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi bintang filem Mami Jarum Junior ini, dia menyifatkan keseronokan di dunia hanya bersifat sementara dan tidak kekal buat selamanya.
“Keseronokan dunia hanya sementara..apatah lagi bila berseronok di atas penderitaan org lain, InsyaAllah kerana DIA tidak pernah tidur dan lupa.
“Masanya akan tiba jua…mereka lupa,kerana DIA yg lebih berkuasa dr segala2nya … #theAiritsjourney,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar Rita selamat menunaikan ibadah umrah dan segala urusan dipermudahkan.
Seperti sedia maklum, ibu kepada dua orang cahaya mata itu kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama anaknya di kota suci Mekah.
Diharapkan segala urusan Rita dipermudahkan.
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bakal Menantu Ke Tu?” – Foto Remaja Lelaki Di Majlis Hari Lahir Anak Abby Abadi, Ramai Mula Mengusik
Baru-baru ini, keluarga besar pelakon, Abby Abadi telah pun mengadakan sebuah majlis bagi meraikan hari lahir anak gadisnya, Marissa Diana yang ke-15 tahun.
Majlis serba ringkas namun meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat termasuklah bapa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kehadiran seorang remaja lelaki yang dilihat ada bersama sepanjang majlis tersebut berlansung.
Malah, pelakon drama, Gerak Khas itu turut memuat naik beberapa foto remaja tersebut bersama Marissa di platform Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Tindakan itu nyata menimbulkan tanda tanya dikalangan warga net yang ingin mengetahui siapakah gerangan remaja lelaki tersebut.
Dalam pada itu, rakan yang juga merupakan seorang pelakon, Salina Saibi turut dilihat sempat mengusik Abby mengenai perkara tersebut.
“Bf ke bff tu?,” usiknya.
Melihat komen tersebut, ini respon balas Abby sendiri;
“Kawan sama sedarjah la,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengusik selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Abby dan Marissa.
Sumber: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Orang Buat Salah, Cuma…,” – Linangan Air Mata Haneesya Hanee Live Di MeleTOP, Ini Reaksi Juara Dewi Remaja 2010 Neelofa
Bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee sekali lagi tampil membuat memohon maaf secara terbuka kepada ibunya, Norhasnida Hassan.
Gadis berusia 18 tahun itu berbuat demikian menerusi siaran langsung MeleTOP semalam.
Kesal dan profesional atas apa yang berlaku, akhirnya model dan pelakon itu tidak dapat menahan sebak selepas ditanya hos yang juga merupakan juara Dewi Remaja terdahulu, Neelofa.
Lofa bertanya pada Haneesya, apakah yang ingin dinyatakan terhadap ibunya yang menjadi tulang belakang kepada dirinya selama ini, setelah apa yang berlaku.
Lalu dengan linangan air mata, Haneesya mengucapkan terima kasih buat ibu malah berjanji di hadapan semua orang untuk tidak melakukan lagi kesilapan sama pada masa depan.
“Saya sayangkan ibu. Terima kasih kerana sentiasa menyokong meski saya telah patahkan hati ibu. Saya berjanji di hadapan semua orang saya janji tidak buat lagi. Saya akan buat anda bangga,” katanya ringkas.
Lalu, Neelofa secara spontan memberitahu kalau boleh, dia mahu halakan kamera kepada ibu Haneesya yang berada di belakang pentas.
“Apa yang penting sekarang, fokus pada kerjaya. Buktikan mereka salah. Semua orang buat salah cuma di akhirnya yang lebih penting apa yang sudah dipelajari dari kesalahan.
“Apa pun, saya bangga dengan anda dan saya doakan yang tebaik buat anda dan rakan Dewi Remaja yang lain,” tambah Neelofa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daiyan Trisha Kecewa Dakwaan Kehidupan Ditaja; “Penat Saya Kerja, Netizen Cakap Saya Ada Sugar Daddy…”
Berjaya memiliki dua buah kediaman sendiri di usia bawah 30 tahun, ia merupakan satu pencapaian terbesar buat penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sehingga kejayannya itu menjadi inspirasi dalam kalangan peminatnya.
Namun begitu, ada kedengaran usikan nakal daripada netizen yang mendakwa pencapaian yang diusahkan Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, itu adalah disebabkan ditaja oleh ‘sugar daddy’ sehingga dia mampu untuk hidup selesa dan mewah.
Mengakui terkilan dengan tuduhan tersebut, Daiyan berkata kesemua aset yang berjaya dikumpulnya kini adalah di atas hasil usaha kerasnya sepanjang bergelar anak seni.
“Penat saya kerja, kau (netizen) cakap saya ada sugar daddy macam itu je. Saya terkilanlah sebab saya dah kerja keras kan.
“Saya terasa sikit la bila orang cakap macam tu tapi saya faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” katanya kepada MH.
Daiyan ditemui pada majlis pratonton drama terbaharu lakonannya, Projek: High Council yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Penyanyi lagu Penat itu juga berkata dia berasa hairan apabila bila golongan wanita itu berjaya, mereka pasti akan dilabel seperti ada sesuatu perkara atau seseorang yang berada di belakang kejayaan tersebut.
“Ia satu tuduhan berat dan melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain di belakang dia.
“Bukan sebab usaha dia atau bakat dia. Kenapa mesti (cakap) macam tu? Kenapa bila lelaki bejraya, kita tak ada pun cakap dia mesti ada ‘sugar mummy’,” katanya lagi.
Selain berlakon dan menyanyi, Daiyan turut aktif bekerjasama mengiklankan pelbagai jenama mewah popular antarabangsa sepanjang 10 tahun dia berkecimpung dalam bidang seni.
Sementara itu, untuk kerjaya lakonan, Daiyan kini tampil dengan drama terbaharu, Projek: High Council yang mana mengisahkan tentang gejala buli dan gangsterism yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah berasrama suatu ketika dahulu.
Memegang watak sebagai Mia, Daiyan berkata dia teruja membawakan watak itu di samping ramai pelakon baharu berbakat besar antaranya seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris.
“Untuk watak Mia ini, saya tempah sendiri rambut palsu berwarna merah jambu untuk tampil dengan karakter gadis rebelious.
“Saya tak warnakan rambut sebab saya perlu tampil dengan imej clean, rambut berwarna hitam untuk tujuan endorsement dengan produk-produk.
“Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan ramai bakat baharu berbakat besar dan kalau bukan saya berlakon dalam drama ini pun, memang saya akan tonton sebab karya ini memang sangat bagus dan berkualiti tinggi,” katanya.
Projek: High Council yang diarahkan Anwari Ashraf dan Ika Zakaria ini akan mula ditayangkan di Astro Go pada 14 Januari ini dan di Astro Citra bermula 23 Januari, setiap Sabtu jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI