Pelakon, Remy Ishak telah bertindak untuk memadam semua foto di laman media sosial Instagram miliknya, sebelum ini.
Lalu, tindakan pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu mendapat perhatian sekaligus menjadi tanda tanya buat peminat.
Bagaimanapun, aktor berusia 37 tahun itu kembali memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial selain turut menulis kapsyen motivasi berkaitan harapan dirinya untuk tahun 2020.
“2020 is finally here! It’s the best time to start afresh with a brand new look coming your way.
“Grateful for everything that has happened to me in the past decade, feeling excited about what the future has in store.,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi kata semangat kepada bintang kelahiran Melaka itu.
Terdahulu, kecoh di laman media sosial apabila Remy bertindak memadam semua posting selain turut ‘unfollow’ rakan pelakon, Mira Filzah.
Namun, berdasarkan tinjauan MH, pelakon berkenaan telah mengikuti kembali akaun aktres jelita tersebut.
Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Bukan Gadis Biasa di samping Ayda Jebat.
Foto: Instagram Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usaha Murni Bkay Nair Perkenal ‘Sari Malaysia’… “Kebanyakan Yang Dijual Diimport Dari India.”
Rasa cinta dan azam pelakon dan usahawan, Bkay Nair untuk memperkenalkan Saree Malaysia yang direka menerusi fabrik jenis batik, sutera dan songket berjaya diterjemahkan di dalam sebuah acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Bkay, idea yang dibawa tidak hanya melambangkan warisan budaya Malaysia, sebaliknya turut mencerminkan sejarah dan tradisi yang kaya di negara ini.
“Negara kita belum ada sari ciptaan Malaysia. Kebanyakan sari yang dijual di negara ini diimport dari India. Jadi, timbul satu idea untuk saya memperkenalkan sari buatan Malaysia yang menggunakan kain jenis batik, songket dan sutera, sekali gus menjadi lambang kebanggaan di negara ini.
“Menerusi Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa anjuran Bkay Nair Resources ini, saya membawakan lapan pereka fesyen terkenal untuk menampilkan koleksi rekaan sari yang dihasilkan dengan teliti daripada batik, songket dan sutera Malaysia.
“Program ini juga acara antara usaha untuk mencipta platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional dalam fesyen moden,” katanya yang anggun mengenakan persalinan kontemporari ilham Faizel Azraf.
@mediahiburanofficial Rasa cinta dan azam Bkay Nair untuk perkenalkan Saree Malaysia yang direka menerusi fabrik jenis batik, sutera dan songket berjaya diterjemahkan di dalam sebuah acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini. Moga terus sukses! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Bintang filem Ratu The Movie ini turut menambah, pihaknya juga teruja apabila acara yang diadakan turut mengangkat tiga pereka fesyen yang berjaya mencapai objektif Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa.
Bagi Anugerah Pereka Baharu yang memberi peluang kepada pelajar fesyen dimenangi Naresh Yempati manakala Anugerah Pereka Paling Kreatif untuk meraikan pereka senior yang imaginatif menjadi milik Kesheen Ragunathan.
Sementara itu, Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia yang diberikan kepada pereka senior dengan rekaan warisan Malaysia pula dimenangi oleh Munir Yahya.
“Melalui acara ini, kami berharap dapat membawa keunikan warisan kami kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
“Pengiktirafan yang diberikan Unesco berpotensi untuk menerangi harta seni dan budaya negara kita di peringkat global dan mempersembahkan kepada ibu kota fesyen terkenal seperti Paris dan seluruh Eropah.
“Kami ingin menonjolkan keunikan tekstil Malaysia, memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan seni dan budaya ke peringkat global,” katanya lagi.
Acara yang dibawakan turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Motac) dan Tourism Malaysia serta pelbagai rakan kerjasama.
Acara itu dihadiri Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan; Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia Wilayah Tengah, Sufian Zainuddin dan Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dasar (Kebudayaan Motac), Datin Salida Ibrahim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suka Hati Lock Anak Dia Macam Tu, Nasib Baik Abah Yana Tak…,” – 8 Tahun Kahwin, Fadzil Zahari Imbas Kenangan Risik Isteri
Tanggal 13 Februari lalu genap lapan tahun usia perkahwinan pasangan selebriti Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.
Mengabadikan ulang tahun tersebut, Fadzil atau Fadzil Bahri Zahari, 40, berkongsikan gambar-gambar hari bahagianya bersama aktres tersebut di laman Instagram miliknya.
Menerusi ruangan kapsyen, Fadzil turut mengimbas kembali momen ketika dia meminta izin daripada arwah bapa mentuanya untuk memperisterikan Yana.
“Tak berkelip mata abang (Fadzil) bila tengok balik kehenseman abang lapan tahun lepas, ditambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan seorang bangsa Johor.
“Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, highway jem 14 jam ka, abang tak peduli.. walau seorang Utara, seorang Selatan.
“Waktu Yana tengah sibuk dekat separuh akhir Muzik Muzik dengan Tomok, abang bawak family pergi ke Yong Peng, Johor.
“Abang cakap dengan abah Yana, ‘Pakcik, dewan kenduri di Kedah dah booking bulan 3, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari’.
“Yakin ja abang cakap camtu, nasib baik abah Yana pencen askar tak belasah abang hahahaha.. suka hati ja lock anak dara dia macam tu.
“Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pukul ka apa, kami selamat bernikah 13 Februari 2015,” tulis Fadzil.
Menerusi posting itu juga, Fadzil yang merupakan adik kepada aktor dan pengarah Farid Kamil itu mendoakan agar rumah tangga yang dibinanya bersama Yana akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Know know dah lapan tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat.
“Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.
“Nota kaki: kahwin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang,” seloroh Fadzil.
Untuk info, Fadzil dan Yana, 39, berkahwin pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tsunami Selat Sunda Ragut Lebih 200 Nyawa, #PrayFor Indonesia Kini Trending, Para Pemimpin & Selebriti Titip Doa, Kongsi Rasa Sayu
Tragedi menimpa negara jiran, Indonesia turut mendapat perhatian dunia apatah lagi saban hari angka kematian makin meningkat.
Malah, ratusan mangsa juga mengalami cedera kerana insiden badai tsunami yang melanda pada Sabtu lalu.
Salah satu episod sedih tentunya kisah tragis band Seventeen yang kehilangan anggotanya, malah ada yang masih hilang tidak ditemui hingga kini.
Dalam pada itu, tragedi tersebut tentunya mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sempat mendoakan para mangsa.
“Terkesan mendengar berita tsunami melanda Banten Indonesia yang sekurangnya telah mengorbankan lebih 220 nyawa.
“Saya doakan Indonesia terus tabah menghadapi ujian ini. Malaysia sedia membantu meringankan beban saudara kita di Indonesia. @jokowi #PrayForIndonesia,” tulisnya.
Terkesan mendengar berita tsunami melanda Banten Indonesia yang sekurangnya telah mengorbankan 20 nyawa. Saya doakan Indonesia terus tabah menghadapi ujian ini. Malaysia sedia membantu meringankan beban saudara kita di Indonesia. @jokowi #PrayForIndonesia
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) December 23, 2018
Turut sama berbuat demikian, anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di laman Twitter.
“Turut bersimpati di atas musibah tsunami di Indonesia, dengan angka korban meningkat hampir 220 orang, khususnya di Banten, Anyer & Lampung.
“Saya mendoakan agar Indonesia diberi kesabaran dan kekuatan dalam menempuhi dugaan ini. Doa kami bersamamu,” tulisnya pula.
Turut bersimpati di atas musibah tsunami di Indonesia, dengan angka korban meningkat hampir 220 orang, khususnya di Banten, Anyer & Lampung.
Saya mendoakan agar Indonesia diberi kesabaran dan kekuatan dalam menempuhi dugaan ini. Doa kami bersamamu. ?#PrayForIndonesia pic.twitter.com/lZXUAgEfHA
— YB Nurul Izzah Anwar (@PmtgPauhP044) December 23, 2018
Sementara itu, ahli grup Kpop, Super Junior, Choi Siwon juga turut melahirkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut.
“My heart is with every single person in Indonesia tragically affected by the tsunami.
“Praying fervently that aid and recovery efforts will be successful in helping the nation recover and become stronger than before. #prayforindonesia,” tulisnya.
My heart is with every single person in Indonesia tragically affected by the tsunami.
Praying fervently that aid and recovery efforts will be successful in helping the nation recover and become stronger than before. #prayforindonesia pic.twitter.com/XbHCIm2h5x— Siwon Choi (@siwonchoi) December 23, 2018
Selain Siwon, rakan ahli grup iaitu Yesung juga turut memberikan titipan doanya buat rakyat Indonesia.
“Cara berfikir dan doa bagi para korban bencana di Indonesia. #PrayforIndonesia,” tulisnya.
cara berfikir dan doa bagi para korban bencana di Indonesia. ??#PrayforIndonesia pic.twitter.com/mxc3SRs0hZ
— Yesung (@shfly3424) December 24, 2018
Setakat ini, sekurang-kurangnya jumlah kematian meningkat kepada 280 orang manakala mangsa yang masih hilang seramai 30 orang dan cedera, 745 orang dalam tragedi tsunami di Anyer pada Sabtu lalu.
Susulan tragedi itu juga, kelihatan #PrayforIndonesia trending di laman Twitter.
Foto/Instagram: Nurul Izzah Anwar, Siwon
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI