Pernah Jalin Hubungan Dengan Alicia Amin? Ini Respon Nadhir; “Dia Kawan Saya, Tak Lebih…”

Share

Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, menepis dakwaan pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama model dan pelakon, Alicia Amin.

Menurut Nadhir, hubungannya bersama Alicia sebaliknya hanyalah sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.

“Past is past. Saya merupakan seorang model dan kehidupan sebagai seorang model ini kami baik dengan semua orang.

“Saya tak rasa itu sebagai masalah. Dia adalah kawan saya. Mungkin ada orang nampak saya baik dengan dia tapi dia tidak lebih sebagai seorang kakak kepada saya.

“Dia banyak ajar saya untuk kekal dalam industri tapi persepsi orang lain-lain. Mungkin ada orang kata saya ada sesuatu dengan dia tapi macam saya kata dia seperti kakak saya sendiri.

“Saya amat bersyukur dapat mengenali dia. Thank you for building me up juga,” katanya kepada MH.

Nadhir yang juga merupakan juara edisi ke-10 berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Final Hero Remaja 2020 di Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, jejaka asal Petaling Jaya, Selangor ini mahu orang diluar sana supaya memberi tumpuan mengenai masa depannya berbanding masa lalu.

“Terima kasih juga buat mereka di luar sana yang peduli dan tahu mengenai perkara ini. Jadi, anda mengikuti perkembangan saya. Banyak lagi perkara akan menyusul selepas ini.

“Banyak lagi perkara-perkara hebat yang saya nak buat pada masa depan.

“Yang penting pada ketika ini bukanlah mengenai masa lampau atau masa depan tetapi bagaimana untuk saya berdepan pada detik dan saat ini.

“Kerana apa yang saya lakukan pada masa lalu tak sebaik apa yang saya akan bagi pada masa sekarang,” jelasnya lagi.

Published by
MH