“Bersyukur Dengan Petunjuk Yang Allah Berikan Itu,” – Dedah Aishah Azman Sejurus Putus Tunang Sama Syafie Naswip

Share

Pelakon Syafie Naswip mengakui ikatan pertunangannya dengan Aishah Azman telah pun putus di tengah jalan.

Bintang filem Songlap ini juga mengesahkan ikatan yang hanya bertahan tiga bulan itu bagaimanapun bukan putus disebabkan orang ketiga.

Bagaimanapun, Aishah seperti yang dipetik mStar pula mempunyai jawapan tersendiri.

Aishah menjelaskan dia memerlukan masa untuk bersendiri selepas ikatan pertunangan dengan Syafie Naswip terlerai beberapa hari lalu.

“Buat masa ini saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan itu.

“Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja,”katanya seperti yang dipetik.

Pemilik nama penuh Nor Aishah Afika Azman Shah ini juga berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kehidupan peribadi dan kerjayanya.

“Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya,” pinta Aishah.

Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangan dengan Aishah sudah terlerai.

Syafie juga memberitahu keputusan berat itu dibuat bukan berpunca daripada orang ketiga atau masalah keluarga namun ia atas persetujuan bersama.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras, 7 April lalu.

Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Foto : Instagram Aishah Azman

Published by
Rafiq Mazlan