“Bersyukur Dikurnia Suami, Anak, Menantu Termasuk Cucu…,” – Nora Ariffin Tepis Khabar Angin Rumah Tangga Goyah

Share

Penyanyi Datuk Nora Ariffin, menjelaskan dia masih bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli sekaligus mengesahkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Nora, 50, berkata, bahtera perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu berjalan dengan sederhana namun sempurna seadanya.

“Alhamdulillah… Di sebalik kekerasan hidup sekarang, di usia 50 tahun, saya bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami ,anak-anak, menantu yang suppotif termasuk cucu yang menghiburkan,” katanya.

Terdahulu, ada dakwaan yang mendakwa rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.

Ditanya adakah dia pernah mendengar suara-suara ‘jahat’ yang mengatakan rumah tangganya sedang goyah, Nora bagaimanapun enggan mengambil pusing segala tanggapan tidak benar itu.

“Allahuakbar. Saya tak pasti , apapun dalam usia begini,  saya lebih mahu fokus kepada pelajaran anak-anak, projek baru, kesihatan dan kerjaya,” katanya ringkas.

Terdahulu Nora mengumumkan sudah bergelar isteri kepada  Rushdi, dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.

Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH