Isteri kepada pelakon, Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3 petang semalam setelah 23 hari bertarung dengan wabak Covid-19.

Meskipun agak berat baginya untuk menerima kenyataan tersebut, namum dia tetap reda dengan segala ketentuan Allah SWT.

“Bersyukur & Happy Tengok Cik Senyum,” – Ibu Mertua Pergi Selepas 23 Hari Bertarung Dengan Covid-19, Luahan Isteri Hafizul Kamal Undang Sebak “Bersyukur & Happy Tengok Cik Senyum,” – Ibu Mertua Pergi Selepas 23 Hari Bertarung Dengan Covid-19, Luahan Isteri Hafizul Kamal Undang Sebak

Dikesempatan itu juga, Fariza mengakui hatinya berasa amat senang kerana diberikan kesempatan untuk menyempurnakan proses pengebumian jenazah ibunya itu dari awal hingga akhir.

“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu yang saya sayangi yang telah meninggalkan kami semua pukul 3 petang 10 November 2021.

“23 hari cik bertarung dengan covid19 di hospital. Dari hospital A ke hospital B dan dari wad biasa ke CCU utk covid patient. Sepanjang cik di hospital, kami satu keluarga dapat buat video call dengan cik, buat bacaan yasin sama-sama.

“Bila dapat tahu cik dh tak ada, adik sedih tapi adik tetap redha. Redha dengan ketentuan Dia. Adik diberikan rezeki terbesar dapat mandi, kafankan dan teman cik sepanjang perjalanan dalam van jenazah.

“Adik tak tahu dari mana datangnya kekuatan ni tapi setitik pun tak menangis bila adik tengok muka cik. Adik bersyukur dan happy tengok cik senyum. Muka cik suci bersih. Moga husnul khotimah cik. Moga syurga Firdaus buat cik,” tulisnya.

Ads

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

“Bersyukur & Happy Tengok Cik Senyum,” – Ibu Mertua Pergi Selepas 23 Hari Bertarung Dengan Covid-19, Luahan Isteri Hafizul Kamal Undang Sebak “Bersyukur & Happy Tengok Cik Senyum,” – Ibu Mertua Pergi Selepas 23 Hari Bertarung Dengan Covid-19, Luahan Isteri Hafizul Kamal Undang Sebak

Dalam pada itu, Fariza turut menyifatkan ibunya itu sebagai seorang yang sangat pemurah bukan sahaja buat ahli keluarganya tetapi juga buat orang-orang di sekelilingnya.

“Banyak kebaikan yang cik dah buat di dunia. Urusan pengembumian cik semalam sangat dipermudahkan. Cepat dan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ramai yang tolong untuk uruskan cik. Cik baik ramai orang sayang.

Dulu selalu jugak mempersoal kenapa la cik suka ambik tempahan makanan tapi cik suka letak harga murah murah sometimes rasa mcm tak padan dgn effort dan masa tapi cik cakap “biarlah cik sedekah selebihnya”.

Ads

“Dulu org lain ambik upah tempahan baju kurung biasa RM40-50, cik ambik upah RM18-20 je. Selebihnya sedekah. Cik suka menjamu org makan dgn masakan cik yg sangat sedap tu. Mulianya hati cik,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Fariza turut berjanji bahawa dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita.

“Adik janji jadi anak yang solehah. Jaga solat, jaga akhlak, jaga aurat, jaga pertuturan, jaga penglihatan. Adik jadi anak cik ayah yang baik kat dunia ni. Adik janji.

“Sayang cik. Adik akan sentiasa merindui suara cik dan gelak ketawa cik. Adik kuat cik. Cik jangan risau. Moga kita berjumpa lagi di syurga,” akhirinya

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Fariza ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Ads

“Al-Fatihah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan dala kalangan orang-orang beriman.

“Salam takziah Mieja. Macam tak percaya mak pergi dah. Be strong Mieja.

“Sending hug to you Mieja dan doa untuk Allahyarham ibu Mieja. Hanya Allah sahaja dapat bagi kekuatan dekat Mieja dan family. Salam takziah.

“Rindu yang tiada penghujung. Salam takziah Mieja sekeluarga,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Bersyukur & Happy Tengok Cik Senyum,” – Ibu Mertua Pergi Selepas 23 Hari Bertarung Dengan Covid-19, Luahan Isteri Hafizul Kamal Undang Sebak

Sebelum ini, Hafizul yang juga merupakan pelakon filem, Paskal bersama anak sulungnya, Raisya Amanda telah pun disahkan positif Covid-19 pada Oktober lalu.

Sumber: Instagram Mieja Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI