Pelakon, Faye Kusairi ada meluahkan rasa sayang dengan berkongsi foto keluarganya bersama peminat di akaun Instagram.

Faye atau nama penuhnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan kenangan dirinya bersama orang tersayang merupakan kenangan yang terbaik dalam hidupnya.

“Kenangan terbaik dalam hidup tidak dapat digambarkan dengan kata-kata atau gambar. Ia hanya dapat dirasakan dari hati dan minda akan mengimbau kembali kenangan sentiasa.

“Saya sangat bersyukur, benar-benar diberkarti dan bersyukur untuk apa yang saya ada dalam hidup. Alhamdulillah …,” tulis bintang televisyen ini.

Ads

Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar Faye sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Ads

“Bersyukur Untuk Apa Yang Saya Ada Dalam Hidup,” – Faye Kusairi

Ads

Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, pengarah Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi.

Foto: Instagram Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI