
Pelakon Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta ada berkongsi kisah mengenai kehidupan yang sementara.
Dalam meniti usia 50 tahun, pelakon Kiah Pekasam ini turut memanjatkan rasa syukur andai diberikan umur yang panjang serta kesihatan yang baik.
“Takut atau tak semua org akan melalui, bersyukur lah jika Allah panjangkan usia kita.
“Di dalam keaadaan sihat dan bahagia, serta sentiasa dalam rahmatnya,” tulis ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Nyatanya, perkongsian tersebut disambut positif oleh rata-rata peminatnya.
Untuk rekod, Che Ta berkahwin bersama suaminya, yang juga pelakon Zain Saidin sekitar tahun 2013 lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang telah dilahirkan pada 1 November 2014.
Che Ta turut memiliki dua orang anak lelaki bernama Ammar Effendy dan Aniq Ezra hasil perkahwinan terdahulu.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pereka Fesyen Rizman Nordin & Isteri Anjur Majlis Akikah, Puteri Sulung Raih Perhatian – “Tak Puas Memandang Si Comel Rizqaa

Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya, telah menganjurkan majlis akikah buat permata hati merek, Rizqaa baru-baru ini.
Indah dekorasinya, foto-foto sewaktu penganjuran majlis akikah puteri sulungnya itu dikongsikan pasangan berkenaan di Instagram.
“Majlis tahlil arwah baba dan akikah Rizqaa,” tulis Rizman menerusi salah satu hantaran foto keluarga kecilnya.
Riqzaa kelihatan sungguh comel bila baju kurung moden sedondon dengan ibunya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan salam takziah atas pemergian bapa Rizman di samping turut memuji Rizqaa yang tampak comel persis anak patung di samping kedua orang tuanya.
Untuk rekod, Rizman, 37, dan Nurida, 32, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur dan anak pertama mereka dilahirkan pada 2 September 2020.
Foto: Instagram Rizman Nordin, Nurida Suraya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Rahsia Antara Kami, Dia Menerima Saya Seadanya,” – Zulin Aziz Selamat Bergelar Isteri

Selebriti versatil, Zulin Aziz, 33, selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini, 35, di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kita jam 9.20 pagi tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz dan mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.
Pada majlis akad nikah, Zulin menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 sementara pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 bersama lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Susulan situasi semasa, majlis akad nikah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Usai majlis, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz mengharapkan agar kehidupan baru mereka sebagai suami isteri dipermudahkan.
“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.
“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan.
Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” katanya.
Bekas penyampai radio ini juga menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan menjadi antara sebab dia memilih lelaki itu sebagai imamnya.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan.
“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya lagi yang tidak menolak rezeki andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.
Malah Zulin turut berkongsi soal bulan madunya.
“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.
“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu. Rancang macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pandemik Covid-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus,” katanya.
Sementara itu, raja sehari ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam dan pereka Ezuwan Ismail, mereka persalinan nikah dan majlis malam pengantin, malam ini.
Tersahulu, Zulin dan Farhan bertunang pada 28 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Langsung Tak Ikut Cara Islam,” – Melamar Ikut Gaya Barat? Azuan Mazlan Beri Reaksi

Bekas pelakon, Azuan Mazlan ada memberi pandangan dan pendapat mengenai sikap segelintir individu yang mengamalkan cara budaya Barat.
Sebagai Muslim, Azuan menasihati perkara ini tidak boleh diambil mudah atau sambil lewa.
“Ummat Islam jika tidak faham hukum Allah, kurang ilmu agama & tak kenal agama Islamnya sendiri maka dia akan ambil semua perkara ini mudah
“Aku masih beriman cuma majlis ni cara agama lain je pun tapi aku tetap Islam, aku bukan tukar agama pun tapi niat aku cuma meraikan jer kehendak keluarga dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, Azuan menyifatkan tindakan ini boleh membawa kepada perkara syirik dan mencemarkan imej.
“Disebabkan perkataan inilah ramai drpd hasil perkahwinan orang Islam ikut cara tradisi adat yg menarik kemurkaan Allah kerana mensyirikkan Allah seperti menari Bollywood, malam berinai bg lelaki juga, Karaoke session, menari zapin, Bride to be, baby shower & macam2 lagi orang melayu kita akan ikut..
“Cara melamar pun ikut cara barat!! Mana cara Ta’aruf dalam Islam untuk menarik rahmat Allah swt? langsung tidak ikut Cara Islam & kehidupan orang Islam.. Mana tindakan keluarga?
“Takkan keluarga pun tak faham agama? Sebab itu ramai orang melayu yang dah kawen banyak mengalami masalah rumah tangga..
“Kita boleh tengok sendiri pasangan yg kawen dgn non Muslim jika dia tidak kuat agama, last2 dia pun hanyut tak tutup aurat & tak jaga solat hasilnya kehidupan mereka pun jadi mcm barat!! sebab apa?
“Sebab Masa perkahwinan menarik sejuta kemurkaan dari Allah swt & tidak ada ilmu agama.. “APABILA ROSAKNYA RAHIM SEORANG PEREMPUAN MAKA AKAN LAHIRNYA KETURUNAN2 YANG AKAN MEROSAKKAN AGAMA.” Disebabkan sedap”CINTA” dunia sanggup tinggalkan ajaran agama.. Inna lillahi wainnahilaihi rojiun..,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Azuan Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI