Pelakon, Amar Baharin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa sempena hari lahirnya yang ke-35.
Bagaimanapun, menurut Amar, semakin bertambah usia, semakin dekat seseorang itu dengan kematian.
“Alhamdulillah terima kasih atas doa-doa dan wish sempena birthday saya yang ke-35.
“Bertambah umur, semakin dekat rasanya dengan ‘mati'” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Amyra Rosli itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Amar turut mendoakan agar kita semua diampunkan segala dosa dan mati dalam keadaan ‘husnul khatimah’.
“Bagi yang kirimkan birthday wish kat saya, saya doakan kalian semoga diampunkan segala dosa-dosa, sentiasa istiqamah mencari redha Allah dan semoga kita semua pergi dalam keadaan husnul khatimah amin,” katanya lagi.
Sementara itu, pelakon tersebut turut menerima kejutan hari lahir daripada isteri tercinta yang hadir ke set pengambaran Amar di Sungai Besar, Selangor.
“Perjalanan 2 hours nak pegi set untuk suprise birthday nervous macam nak kawin! Haha!
“Thanks a lot mama @noorzaridahahmad for helping me from A-Z. She always wants the best for her anak-anak and menantu.
“Thanks @nelly.rosli jagakan my babies and thank you @naqiuddinrosli jadi runner belikan present .
“Also thanks to my kakak from another mom n dad @sis_515 yang tolong i adjustkan scene-scene yang patutnya tiada jadi ada haha,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Amar diatas peringatan tersebut selain turut mendoakan agar Amar sekeluarga bahagia dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI