Penyanyi, Adira Suhaimi sering berkongsi gambar bersama anak-anaknya di akaun Instagram.
Bagaimanapun, baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Ilusi itu telah memuat naik sekeping foto bersama dua orang anaknya beserta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai pihak.
“Bertiga lebih baik,” tulis Adira sambil disertakan hashtag #doaygbaikbaik #pujaanhati #pujaanhatikanda
View this post on Instagrambertiga lebih baik ❤️❤️ #doaygbaikbaik #pujaanhati #pujaanhatikanda
A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on
Susulan itu, netizen mulai memberi komen masing-masing terhadap kapsyen juara bintang kelahiran Akademi Fantasia 8 itu.
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan album Instagram Adira, pastinya gambar bersama suami tidak begitu banyak, sebaliknya hanya tinggal beberapa keping sahaja (awal tahun lalu).
Untuk rekod, Adira dan suami, Datuk Red telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Anggrek,2 tahun dan Asan tiga bulan.
Foto : IG Adira Suhaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuk, Sera Tunai Umrah Bersama; “Diberi Peluang Jadi Tetamu Allah Buat Kali Kedua.”
Perkongsian pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar di laman Instagram miliknya pada pagi Isnin meraih perhatian ramai.
Ia susulan Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, memuat naik gambarnya bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera yang kini sedang berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama.
“Alhamdulillah, diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah buat kali kedua @rossa.sera,” tulis Shuk di ruangan kapsyen.
Tahun lalu, kemelut melibatkan rumah tangga pasangan ini sering diperkatakan apabila Shuk didakwa bermain kayu tiga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis bersyukur melihat hubungan baik yang kembali terjalin di antara Shuk dan Sera.
“Alhamdulillah syukur Dol,” komen Shuib Sepahtu.
“Syukur Alhamdulillah,” titip penyanyi Usop.
“Happynya tengok.
“Moga kalian bersatu balik la ya.
“Kalau dah dapat peluang kedua, tolonglah jangan disia-siakan,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Di IG Live; Siti Nordiana Failkan Saman Ke Atas Lan Solo, Syura Serta 3 Yang Lain
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias memfailkan saman ke atas penyanyi Lan Solo, Syura serta tiga individu atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Memetik Bernama, Siti Nordiana atau turut disapa Nana, 37, memfailkan saman berkenaan menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.
Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.
“Siaran langsung berdurasi lebih kurang satu jam 28 minit itu telah ditonton oleh para pengikut defendan-defendan dan orang ramai yang mengikutinya,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Pada masa sama, Nana yang juga Juara Gegar Vaganza musim kedua itu mendakwa, kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.
Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.
Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai lepas melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.
Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.
Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Abang Azlan Abang Ariffin, yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi Bernama, berkata tuntutan saman itu telah diserahkan secara Akuan Terima dan e-mel kepada kelima-lima defendan hari ini.
“Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 9 Ogos ini secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan,” katanya.
Sementara itu menerusi Kosmo! Online, peguam mewakili lima defendan terbabit, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates mengesahkan pihaknya telah menerima writ saman tersebut daripada pihak plaintif (Siti Nordiana).
“Saya mengesahkan kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam.
“Melalui sesi pada 9 Ogos depan, mahkamah akan meminta peguam-peguam untuk kenal pasti kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,”katanya seperti yang dipetik.
Dalam kenyataan sama, Alan turut memngesahkan Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.
Terdahulu, pelakon drama Dia Semanis Honey itu menuntut lima individu yang dimaksudkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.
Sumber, Foto: Bernama & Kosmo! Online, Instagram Siti Nordiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hadiah Raya Paling Bermakna,” – Eyra Hazali Bersalin ‘Baby Boy’ 29 April Lalu, Peminat & Rakan Artis Titip Doa Yang Baik-Baik
Pelakon Eya Hazali selamat menyambut kelahiran anak keduanya, pada 29 April lalu.
Menurut Eyra, baru lelaki berkenan dilahirkan kira-kira jam 6.18 petang dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Berita gembira itu dikongsikankanya menerusi Instagram.
“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022, pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya ringkas.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah apatah lagi apabila permata hatinya itu dilahirkan menjelang Syawal.
“Yeay, congrats korang,” tulis Haziq Hussni menerusi komen.
“Alhamdulillah hadiah Hari Raya paling bermakna. Tahniah,” respon hos, Dayah Bakar.,
“Wah raya dalam pantang lah dia. Alhamdulillah tahniah dik,” ini reaksi Mardiana Alwi.
“Cant wait to see you baby adik,” komen yang ditinggalkan pengacara, Anim Ezati.
Untuk rekod, Eyra mengahwini suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI