Suhaimi Saad yang juga bekas anggota kumpulan nasyid InTeam menjelaskan dia sudah lama simpan niat untuk bertongkat apabila memasuki usia 40 tahun.
Katanya lagi, tindakannya itu bukanlah disebabkan buta atau cacat. Sebaliknya Suhaimi menyifatkan perkara tersebut sebahagian sunnah para nabi.
“Bertongkat itu sunnah para nabi. Bukan sebab buta atau cacat, dah lama ss niat.
“Bila masuk umur 40 tahun, ss akan bergongkat,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
Malah, suami kepada Ina Naim itu juga turut berharap moga ia turut meniadi peringatan terhadap kematian seterusnya menjauhi perkara yang dimurkaiNya.
“Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada ss bahawa bila usia meningkat, hidupmu semakin singkat.
“Kematianmu makin dekat. Tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat.
“Semoga hidupmu dilimpahi magfirah, rahmat dan berkat. Dikurniakan kematian yang husnul khatimat dan selamat dunia akhirat,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, kisah hidup Suhaimi, 40, menjadi perhatian apabila mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.
Difahamkan, masalah pada bahagian matanya itu tidak diketahui puncanya malah dia tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan buatan orang.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Suhaimi juga bakal melancarkan single terbaru berunsur ketuhanan ciptaan sendiri berjudul Zapin Selawat hujung tahun ini.
Untuk rekod, Suhaimi mendirikan rumah tangga bersama Ina sekitar tahun 2007 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Foto: Instagram Suhaimi Saad