“Bertuah Dipilih Besarkan Anak Seorang Tanpa Bantuan Sesiapa,”- Rita Rudaini

Share

Bagi insan yang bergelar seorang ibu tunggal, pasti akan memahami dan merasai perasaan yang dialami pelakon cantik, Rita Rudaini.

Baru-baru ini, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar ada berkongsi pengalaman sepanjang bergelar seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak.

“Rasa bertuah di pilih utk besar kan anak2 sorg2 tanpa bantuan sesiapa ada yg bercerai tp anak2 masih di biaya bapa,duit sek,perayaan ,tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa,beruntungnya mereka alhamdulillah…

“tp sy sebalik nya…tanggungan penuh atas bahu sy dr mereka kecil sampai sekarang,sek,perayaan, tempat perlindungan dan mcm2…sy bersyukur sbb DI PILIH jd begini…ini bahagian sy  …ini anak2 kandung darah daging sy..mana mungkin sy berkira kira.

“susah senang yg sy tanggung sy percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan….biar lah kami xmewah tp hati kami bahagia…sy xrasa susah mencari rezeki sorg2 ..penat?,” tulis Rita.

Pada masa sama, Rita turut menyatakan rasa bahagianya apabila dapat berkongsi rezeki sama anak-anak.

“Ye itu biasa…tp bila dpt menyuap rezeki yg sy cari ke mulut anak2,sy bahagia,hilang penat lelah….sy rasa ibu tunggal di luar sana pon merasa benda yg sama mcm sy..ada rezeki besar ada rezeki kecik tp itu xmenjadi masalah asalkan anak2 besar dgn gembira…

“sy ..seorg ibu yg sanggup ikat perut demi anak2..sy….ketepi kan baju raya,keperluan sy,jodoh? Jauh skali utk sy fikir..smuanya demi anak2..kerana bahagian sy dah lepas…masa depan utk diri sy dah lepas…dan masa depan sy cuma mereka,RYAN dan ARJUNA…SELAMAT HARI BAPA UTK IBU2 TUNGGAL,”kongsi Rita panjang lebar.

Dalam pada itu, peminat telah menitipkan kata-kata semangat kepada pelakon berusia 45 tahun itu untuk terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Foto : Instagram Rita Rudaini

Published by
Nazar Rafiqhi