“Bertubi-Tubi Allah Uji Kami…,” – Isteri Lan Solo Sifatkan Ujian Tanda Yang Esa Sayang

Share

Isteri kepada Lan Solo, Nur Shiela Hassim ada berkongsi status menerusi Instagram.

Kongsi ibu kepada empat cahaya mata ini menyatakan ujian yang diberikan Yang Maha Esa menandakan dia disayangi sebagai hambaNya.

“Bertubi2 Allah uji kami awal tahun ni. Yg dekat dan rapat pon merasai ujian kami.

”Allah uji tanda Allah sayang. Terus positif dan positif utk terus menggalas tggjwb yg diamanahkan,” tulisnya.

Sheila pada masa sama turut menjelaskan, ujian yang diterima boleh dijadikan pengalaman.

”Ujian kali ni Allah bg pengalaman dan pengajaran utk lebih mengenali sekeliling kita. Teguran utk kebaikan, but its okay.

”Ujian utk pengalaman dan lebih berserah,” jelas Sheila lagi sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar seperti #SayaRinduNakNgadapKaabah
#NakLuahMacamMacam
#DoakanRezekiSayaTibaTibaDapatKeTanahSuci.

Status berkenaan turut dikongsikan di Facebook miliknya.

Dalam perkembangan lain, suaminya  baru sahaja membuka membuka kedai runcit dengan menjual barangan dari Sabah dan Sarawak di Puchong Prima.

Ia yang mula beroperasi lebih beberapa lalu itu dibuka kerana dirinya sering menerima pesanan mendapatkan makanan popular dua negeri berkenaan.

Foto: Instagram Sheila Razlan

 

Published by
MH