Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa hadir ke pertunjukan koleksi terbaharu satu jenama terkenal antarabangsa di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tampil sopan mengenakan persalinan labuh menutupi bahagian dada, penampilan isteri pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz ini tetap mencuri pandang.

Malah, figura hos Next To Neelofa ini turut menjadi perhatian susulan imejnya yang mengenakan niqab.

Neelofa juga ada berkongsi beberapa keping foto sepanjang keberadannya di acara tersebut menerusi Insta Stories.

“Bertudung Litup Bukan Halangan,” – Berniqab Tutup Dada & Berbaju Labuh, Begini Figura Sopan Neelofa Di Acara Fesyen “Bertudung Litup Bukan Halangan,” – Berniqab Tutup Dada & Berbaju Labuh, Begini Figura Sopan Neelofa Di Acara Fesyen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“When you can’t go to the city of love, so it comes to you! @dior #DiorCruise23 #DiorMY,” tulisnya menerusi ruang ‘feed’ Instagram yang dikemas kini.

Ads

Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan komen positif malah ada di antara mereka yang meninggalkan emoji ‘love’.

“Cantiknya!.”

“Comey dooh.”

“MasyaAllah cantik sungguh Neelofa.”

Ads

“Cantik sangat. Bertudung litup bukan halangan.”

“Style lah Neelofa.”

Artikel Berkaitan;

Ads

Neelofa Jumpa Oki Setiana Dewi, Hadir Beri Ceramah Di Majlis Ilmu Anjuran Isteri PU Riz Itu

Neelofa Tunjuk Foto Waktu Kecil, Wajah Hampir Sama Dengan Bilal

“Kalau Tanya Saya, Selepas Mendalami Dan Mendekati Ziana, Saya Mahu…,” – Neelofa

Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menerusi media pernah menjelaskan dia awalnya terkejut dan terharu apabila masih ada jenama fesyen dunia yang masih berkerjasama meski penampilannya kini sudah berbeza.

Menurut Neelofa, dia juga percaya kepada hubungan kerjasama dan sambutan pengguna yang baik akan membawa kepada kolaborasi yang berterusan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI