Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa hadir ke pertunjukan koleksi terbaharu satu jenama terkenal antarabangsa di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tampil sopan mengenakan persalinan labuh menutupi bahagian dada, penampilan isteri pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz ini tetap mencuri pandang.
Malah, figura hos Next To Neelofa ini turut menjadi perhatian susulan imejnya yang mengenakan niqab.
Neelofa juga ada berkongsi beberapa keping foto sepanjang keberadannya di acara tersebut menerusi Insta Stories.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menerusi media pernah menjelaskan dia awalnya terkejut dan terharu apabila masih ada jenama fesyen dunia yang masih berkerjasama meski penampilannya kini sudah berbeza.
Menurut Neelofa, dia juga percaya kepada hubungan kerjasama dan sambutan pengguna yang baik akan membawa kepada kolaborasi yang berterusan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syarikat produksi dari Indonesia, Film Maker Muslim (FMM Studios) dengan kerjasama PPA Institute dan Pejuang Subuh telah menghasilkan sebuah filem Islamik tentang perkahwinan tanpa rela berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta.
Filem itu telah diadaptasi daripada sebuah novel best seller dengan tajuk yang sama karya penulis Nusaibah Azzahra yang mendapat sambutan hangat di negara berkenaan.
Menariknya, karya yang dipaparkan itu adalah kisah benar yang telah dilalui sendiri oleh penulis berkenaan apabila dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri.
Pengarah Urusan D’ Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar selaku pengedar filem tersebut untuk tayangan di Malaysia berkata, pihaknyaberminat membawakan filem Perjalanan Pembuktian Cinta ke Malaysia kerana ia menawarkan sesuatu yang unik dan segar dalam genre filem Islamik romantik.
“Dengan jalan cerita yang memberi inspirasi tentang kekuatan wanita mengharungi cabaran hidup, filem ini dijangka mampu menyentuh hati penonton dan memberi pengajaran bermakna. D’Ayu Pictures berbangga membawa karya istimewa ini untuk tontonan penonton Malaysia.
“Tarikan filem ini terletak pada kisah benar yang diangkat, watak-watak yang menyerlah dan alur cerita yang tersusun indah. Gabungan elemen komedi dan drama dan juga latar belakang nilai keagamaan yang seimbang bakal mengadun emosi penonton.
“D’ Ayu Pictures sudah pasti menyokong kelainian filem ini kerana ia menyaksikan sebuah kisah cinta dan nilai murni agama digabungkan dengan agung yang bakal menyentuh jiwa penonton,” ujarnya.
Perjalanan Pembuktian Cinta menceritakan tentang seorang penghafaz Al-Quran, Fathia menempuh rintangan hidup apabila dipaksa berpoligami oleh ayahnya sendiri dan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.
Diarahkan oleh M. Amrul Ummami, filem tersebut dibintangi ramai pelakon hebat seperti Dea Annisa, Teuku Ryan, Muzakki Ramdhan, Donny Damara, Elma Theana dan ramai lagi.
Mengenai sambutan di Indonesia pula, Rosmarayu memberitahu penerimaan penonton di sana luar biasa, meskipun ditayangkan semasa bulan Ramadan.
“Respons hebat penonton Indonesia membuktikan filem ini berjaya mengusik jiwa semua lapisan masyarakat. Kini, giliran penonton Malaysia pula untuk menghayati karya seni bernilai ini.
“Sudah tentu saya meletakkan harapan tinggi agar filem ini turut mendapat sambutan baik. Namum, saya juga melihat dari sudut jalan ceritanya yang sememangnya memberikan banyak mesej-mesej positif serta pemahaman yang lebih mendalam tentang cara mengenali diri,” jelasnya.
Sementara itu, M. Amrul selaku pengarah berkata, Perjalanan Pembuktian Cinta menampilkan jalan cerita yang unik berbanding filem-filem genre yang sama.
“Perjalanan Pembuktian Cinta diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis seorang penghafal Al-Quran, yang mana ia adalah kisah benar penulis itu sendiri dan itu adalah keistimewaan tentang filem ini.
“Jalan cerita yang dipaparkan akan membuatkan penonton akan lebih memahami lebih dekat dengan mesej-mesej yang terkandung dalam jalan cerita filem ini bagi menempuhi kehidupan seharian,” ujarnya.
Sudah ditayangkan di Indonesia sejak 7 Mac lalu, Perjalanan Pembuktian Cinta akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Jun ini.
Perjalanan Pembuktian Cinta mengisahkan tentang seorang penghafal atau Hafidzah Al-Quran iaitu Fathia (Dea Annisa) dan Raehan (Teuku Ryan) yang saling menyukai antara satu sama lain.
Bagaimanapun, Fathia terpaksa menjauhkan dirinya daripada Raehan atas kepatuhan kepada agama.
Pada masa sama, ayah Fathia juga telah memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia dan sudah beristeri. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai dan terpaksa berpoligami membuatkan kehidupan Fathia menjadi lebih sukar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Malam tadi, bekas hos program 999, Zakiah Anas ‘membuka pentas’ kepada 12 ikon penyiaran TV3 yang akan memberi kejutan dalam kemunculan istimewa mereka dengan menyampai berita di Buletin Utama.
Kemunculan personaliti televisyen berusia 55 tahun itu bersama 11 lagi bekas penyampai berita Buletin Utama itu bersempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan yang diraikan pada 1 Jun ini.
Tampil anggun dengan persona tersendiri, kemunculannya di kaca televisyen mengubat kerinduan penonton.
Meninjau ke hantaran terkininnya di Instgaram, Zakiah awalnya meminta pengikutnya untuk meneka personaliti yang bakal muncul penyampai berita malam tadi.
Lalu, rata-rata menitipkan rasa rindu, selain memuji penyampaiannya yang masih ‘berbisa’.
“Terbaik! Zakiah Anas,” tulis seorang peminat.
“Power Kak Zakiah legend,” puji peminat.
“Bestnya dengar suara kat TV ni. Lama tak dengar,” seorang peminat menyatakan rasa rindu.
“Macam tengok 999 tadi, hehehe,” ujar peminat lainnya.
“Macam tak caya muncul tadi. Terima kasih banyak-banyak,” antara komen yang ditinggalkan.
“Bestnya tengok berita malam ni sampai habis,” tulis peminat.
Sementara itu, selama seminggu, bermula malam tadi penonton setia Buletin Utama TV3 akan berpeluang menyaksikan ikon penyiaran stesen popular itu membuat ‘comeback’ mereka bagi mengubat kerinduan peminat.
Selain Zakiah, bekas penyampai berita lain yang turut terbabit ialah Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim dan Datuk Dahlan Maamor.
Kesemua mereka akan berganding dengan penyampai berita sedia ada yang masih berkhidmat di stesen itu seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan.
Zakiah menamatkan perkhidmatannya di TV3 sekitar tahun 2014 sebagai Eksekutif Kanan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyifatkan persembahan Harris Baba dan Unique sebagai tiada ‘showmanship’, jelas Linda Jasmine, sukar baginya untuk memberikan markah kerana sistem penjurian memerlukan kelebihan dalam sisi tarian dan nyanyian.
Perkara ini turut diakui Datuk Rizalman Ibrahim yang juga selaku juri tetap. Tambahnya pula, Harris dilihat bagai tidak menunjukkan kesungguhan dan tiada keyakinan dalam persembahan yang dilakukan.
“Dia tidak yakin. Susah jika asyik memandang ke bawah dan tidak merasai sokongan yang diberikan peminat.
“Kemudian banyak kumpulan yang hebat, jadi terlalu berbeza persembahan yang ditonjolkan,” jelasnya kepada media.
Sementara itu, Linda turut mengulas pemberian markah cukup sukar dilakukan kerana penari memberikan persembahan yang baik, namun sebagai penyanyi utama, Harris gagal melaksanakan tugas.
“Penari sudah cukup bagus namun nyanyiannnya tidak begitu memberansangkan, jadi sukar untuk kami berikan markah.
“Tapi bagi saya, sebab utama penyingkiran Harris kerana dia tiada showmanship.
“Jika dia mahu terus berjaya, dia harus ambil ilmu daripada Dansa Dan Sing dan gunakan untuk masa hadapan,” tambah Linda.
Minggu kedua menyaksikan Harris Baba menjadi peserta pertama tersingkir daripada Dansa Dan Sing dengan jumlah markah 49.67 peratus.
Manakala Shiha Zikir menduduki tangga pertama dengan 94.93 peratus diikuti Chubb-E dengan 94.03 peratus.
Atilia dan Nik Qistina menduduki tiga tangga terbawah dengan masing-masing membawa markah 58.87 peratus dan 58.77 peratus.
Dansa Dan Sing dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza sementara juri tetapnya terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim.
Program berkenaan bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Da’i Syed tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun...