Pelakon versatil, Fasha Sandha baru-baru ini ada berkongsi gambar yang memaparkan dia dan keluarga sedang bermandi-manda di sebuah taman tema air.
Dalam pada itu, Fasha sekeluarga tampak ceria meluangkan masa bersama suami dan anak-anak.
Bagaimanapun, ada di antara peminat yang turut bertanya mengenai pemakaian hijabnya. Memberi jawapan balas, ibu kepada dua cahaya mata itu menjawab tenang.
Tidak hanya berdiam diri, isteri kepada Aidil Aziz itu tampil memberikan respon secara profesional.
Terdahulu, penampilan Fasha ketika bulan Ramadan dan mana-mana majlis terbuka telah menarik perhatian ramai apabila dia mengenakan hijab dengan caranya yang tersendiri.
Lalu, perkongsian dari pelakon Patah Sayap Bertongakt Paruh itu turut menerima pendapat dari pengguna media sosial lainnya.