Tiada apa yang mampu diperkatakan apabila disoal tentang kes kecurangan melibatkan selebriti yang semakin menjadi-jadi ketika ini.
Ajak ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Ajak & Rakan-Rakan With Anak-Anak Yatim Yayasan Chow Kit di Aloft Hotel Kuala Lumpur, menegaskan, dia tiada hak memberi komen.
Bagaimanapun, hos Melodi ini tidak juga menafikan dia pernah menjadi sasaran godaan golongan wanita.
“Sebenarnya saya takut nak cerita kisah curang sebab hati manusia berbolak-balik.
“Dia macam dugaan. Kalau kita cakap kita setia sangat, tiba-tiba digoda, kita tewas pula. Tapi buat masa ini, alhamdulillah saya berada di jalan yang betul,” katanya jujur.
Diaju persoalan mengenai godaan yang diterima dengan lebih terperinci, Ajak mengakui pernah menerima foto tidak senonoh dihantar menerusi media sosial.
Ads
“Saya pernah dapat gambar bogel. Tapi jangan tak tahu, akaun Instagram saya dijaga oleh isteri.
“Malah hingga sekarang pun masih dapat gambar bogel. Meski tak pernah sorokkan status, tapi masih lagi banyak yang mesej gambar tidak senonoh dan ajak buat hal yang bukan-bukan.
“Selalunya isteri akan tutup bahagian yang tak sepatutnya, tunjukkan kepada saya dan dia block akaun tersebut.
Ads
“Ada juga yang hantar gambar bertudung, namun tidak memakai apa-apa di bahagian dada. Nasihat saya, cukup-cukuplah,” luahnya mengakui kadang kala hal begini membangkitkan perselisihan suami isteri.
Sementara itu, ditanya mengenai perpisahan rakan selebriti melibatkan Bella Astillah dan Aliff Aziz, Ajak mempunyai pandangannya sendiri.
“Kita tahu Aliff sedang diuji, banyak yang menghentam dan bercakap. Pada saya memang dia buat silap.
Ads
“Tapi kita semua jangan menghukum dia seolah-olah kita ni tiada silap langsung. Namun, tidaklah saya menyokong dia. Dan Bella patut dipuji kerana dia wanita yang hebat.
“Berbalik kepada diri saya, alhamdulillah, semoga saya terus istiqamah begini. Saya bahagia tengok wajah isteri dan anak-anak. Biarlah sampai ke tua. Saya nak membesar dan hidup dengan mereka.
“Lagipun hidup saya dalam industri ni hanya menumpang sahaja. Sebelum ini saya bukan sesiapa. Saya hanya tentera dan tiba-tiba dalam masuk dalam bidang ini. Saya pun tak kelakar mana.
“Inilah rezeki anak-anak yang Tuhan beri melalui saya. Saya tumpang sahaja,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ajak bakal melancarkan single kedua berjudul ‘Yang Mano’ tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Like father, like son. Kata- kata itu sesuai digambarkan buat dua beranak iaitu Nedim Nadzri Aziz dan anak kandungnya, Mohamed Nedrin yang ke tujuh tahun.
Bertemakan permainan online yang menjadi kegilaan ramai masa kini iaitu PUBG, sambutan harijadi Nedrin atau mesra dengan nama Dre disambut meriah.
Berikut adalah gambar sekitar majlis yang dikongsikan Nedim di akaun Instagramnya. Nora Danish pun turut sama meraikan birthday boy!
Turut hadir bersama adalah ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat bagi memeriahkan lagi suasana ‘birthday boy’ itu.
Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013.
Dia kemudian berkahwin dengan Nora pada Mac tahun lalu dan dikurinakan seorang anak, Mohamed Neqayl Nedim atau dikenali sebagai Ney Ney kini berusia 9 bulan 10 hari.
Foto :Instagram Nedim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terbaharu pelakon Emma Maembong menarik perhatian netizen selepas dia tampil dengan imej berambut pendek.
Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, memuat naik video yang memaparkan perubahan rambutnya dari panjang melepasi paras bahu menjadi pendek paras telinga.
Menerusi video yang dimuat naik Emma di laman Instagram miliknya itu, dapat dilihat pelakon berkenaan begitu gembira dengan gaya rambutnya yang baharu.
Peminat turut memuji kecantikan Emma yang kelihatan lebih muda dengan rambut pendek.
“Nampak muda la Emma.
“Ada drama baru ke sampai potong rambut pendek ni? Tapi cantik betul.
“Ada anak memang akan potong rambut pendek, mesti dia rimas dengan rambut gugur,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, penampilan Emma sentiasa menjadi perhatian warga maya terutama berhubung isu pemakaian seksi yang dikatakan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu.
Sekadar info, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azahar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Yuna mengakui dia sanggup berehat panjang daripada bidang nyanyian selama setahun andai ditakdirkan bakal menimang cahaya mata.
Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 33, juga tidak menafikan, soal menguruskan anak apatah lagi ketika masih kecil memerlukan besar.
Malah pada masa sama, dia juga berdoa untuk menikmati proses kehamilan dan momen membesarkan anak dengan baik andai mempunyai cahaya mata kelak.
“InsyaAllah kalau ada rezeki. Kami tidak akan mengatakan ‘no’ kalau ditakdirkan bakal dapat anak. Saya dan suami pun pasangan yang simple sahaja dan kalau boleh, biarlah ia berlaku secara semulajadi, dengan izinNya.
“Kalau ada rezeki, adalah…InsyaAllah,” katanya kepada MH. Terdahulu, penyanyi lagu Gadis Semasa ini ditemui pada ada majlis pelancaran Yuna X Christy Ng Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Ditanya sama ada dia ada merancang atau sebaliknya, Yuna tidak menolak rezeki tetapi pada masa sama berharap agar dirinya sudah bersedia untuk bergelar ibu.
“Tak merancang, cuma pada masa sama kami fokus dengan kerja juga. Mungkin bila semuanya sudah stabil, misalnya hubungan kami jarak jauh. Dia bekerja di Kuala Lumpur sementara saya pula di Los Angeles.
“Harap bila semuanya betul-betul okay, doa-doakan supaya semuanya dipermudahkan,” kongsinya yang mengakui tugas sebagai ibu bukanlah suatu hal yang remeh.
“Bila sedang mengandung seterusnya membesarkan anak, ia satu tanggungjawab yang besar. Kalau boleh bila saya mengandung nanti saya mahu pastikan saya mampu untuk menjadi ibu yang baik.
“Pada masa sama, saya nak nikmati proses kehamilan dan membesarkan anak dengan sebaiknya. Mungkin akan berehat selama setahun untuk ada bayi, isyaAllah,” terang Yuna.
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...