Berita baik buat pengikut setia siri nukilan penulis, Roald Dahl apabila kalian tidak perlu menunggu lama lagi untuk menonton filem terbaharu yang dibikin semula, The Witches apabila ia akan ditayangkan buat kali pertama secara eksklusif di HBO GOdan Astro On Demand bermula hari ini!
Dibintangi pelakon Anne Hathaway yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem klasik yang mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah memenangi Oscar, Robert Zemeckis bersama-sama penerbit Alfonso Cuarón dan Guillermo del Toro.
Sementara penulis skripnya pula ialah Kenya Barris serta komposer Alan Silvestri.
Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, naskhah hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer sebagai Grandma, Stanley Tucci sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.
Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu kemudian menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud!
Ads
Daripada cetakan vintaj dan alat peraga autentik sehinggalah kepada rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!
Zemeckis, dalam satu kenyataan turut teruja dan mengakui naskhah ini sesuai untuk ditonton oleh semua, tidak semestinya kanak-kanak sahaja.
“Ia satu kisah yang diabolikal (jahat). Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak.
Ads
“Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak menjadi utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa,” kata Zemeckis.
Dalam pembikinan semula karya Roald Dahl ini sebagai sebuah filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama.
Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut, Grand Orleans Imperial Island Hotel.
Ads
Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus!
Mahu tahu lebih lanjut? Layari saja laman sosial HBO Asia dan jangan lupa untuk naik aplikasi HBO GOdari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GOmenerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/.
Ikuti trailer rasminya di sini;
https://youtu.be/9nlhmJF5FNI
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi anda yang pernah menonton drama bersiri Leftenan Zana, sudah pasti mengenali dengan aktres Tunku Hanis yang memegang watak Raz dalam drama berkenaan.
Hanis atau nama penuhnya Tunku Norhanis Tungku Salman memaklumkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya bermula sejak tahun lalu.
Menurut bintang berusia 28 tahun ini, dia telah membuat keputusan untuk berhijab selepas dirinya mencari kerehdaan dari Yang Maha Pencipta.
“Ya, saya memang dah berhijab dan hampir setahun saya memakai hijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana ditayang di TV3 tahun lalu,
“Entahlah rasa dunia ni dah penhujung, pusing kiri pusing kanan banyak benda jadi iktibar buat saya, yang ternyata penghujungnya, redha Allah yang kita semua perlu cari,” katanya.
Di samping itu, Hanis berkata dirinya terpaksa menolah beberapa tawaran lakonan selepas berhijab.
“Ada terima banyak tawaran lakonan terutama sekali watak antagonis tapi saya terpaksa tolak sebab semua kena ‘free hair’, watak lain ada terima tapi saya tolak juga masa tidak mengizinkan sebab sekarang saya dah fokus dengan perniagaan saya,” katanya lagi.
Pelakon Rita Rudaini menafikan dakwaan dirinya sebagai sebagai antivaksin sebaliknya selesa disebut sebagai ‘prosafe’.
Rita meminta ramai mengkaji terlebih dahulu makna gelaran berkenaan sebelum menggunakannya.
Malah menurutnya lagi, dia sebelum ini pernah mengambil suntikan vaksin, misalnya ketika ingin mengerjakan umrah dan suntikan-suntikan lain sewaktu kecil.
Perkongsian tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories.
“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kena kaji dulu makna antara Antivaksin dan prosafe. You alls can call me prosafe.
“Kalau sistur antivaksin, tak adalah sistur ada cucuk vaksin sebelum ini macam vaksin pergi umrah dan vaksin waktu kecil termasuk anak-anak.
“Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan untuk labelkan sesuatu. Biar objek dan makna selari.
“Hi, im Rita Rudaini and i am prosafe,” tulisnya sebagai mengulas kenyataannya di dalam Harian Metro.
Di dalam kenyataan tersebut Rita mengakui berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila ia diiktiraf di seluruh dunia.
Pada masa sama, Rita juga mendedahkan dia dihentam teruk netizen yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya selain prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Bila tengok Bilal.” Itu kapsyen ringkas yang ditulis pelakon dan hos, Scha Alyahya menerusi satu perkongsian video pendek di Insta Stories, pada Jumaat.
Menerusi video pendek itu, Scha dirakam sedang melihat sesuatu di skrin telefon bimbit milik Neelofa, seterusnya teruja seolah-olah berkaitan dengan kapsyen yang ditulisnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa perkara sebenar yang sedang dibualkan dua bintang berkenaan.
Kedua-duanya bertemu selepas diundang ke majlis rumah fesyen terkenal di Pavilion, Kuala Lumpur.
Terdahulu, keputusan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang masih belum berkongsi foto penuh anak pertama mereka yang dilahirkan pada 29 Januari lalu mencetuskan reaksi pelbagai peminat.
Pun demikian, pasangan selebriti berkenaan mengakui ia dilakukan atas sebab tertentu untuk belum lagi mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada umum.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.
Sementara itu, Scha dan Neelofa sebelum ini merupakan Juara Dewi Remaja bagi dua edisi penganjuran yang berbeza.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...