Berita baik buat pengikut setia siri nukilan penulis, Roald Dahl apabila kalian tidak perlu menunggu lama lagi untuk menonton filem terbaharu yang dibikin semula, The Witches apabila ia akan ditayangkan buat kali pertama secara eksklusif di HBO GO dan Astro On Demand bermula hari ini!

Dibintangi pelakon Anne Hathaway yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem klasik yang mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah memenangi Oscar, Robert Zemeckis bersama-sama penerbit Alfonso Cuarón dan Guillermo del Toro.

Sementara penulis skripnya pula ialah Kenya Barris serta komposer Alan Silvestri.

Bertukar Jadi Tikus Selepas Termakan Coklat Ahli Sihir? Saksikan Anne Hathaway Sebagai ‘Witch’ Dalam Filem The Witches Bermula Hari Ini! Bertukar Jadi Tikus Selepas Termakan Coklat Ahli Sihir? Saksikan Anne Hathaway Sebagai ‘Witch’ Dalam Filem The Witches Bermula Hari Ini!

Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, naskhah hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer sebagai Grandma, Stanley Tucci sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.

Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu kemudian menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud!

IKLAN

Daripada cetakan vintaj dan alat peraga autentik sehinggalah kepada rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!

Bertukar Jadi Tikus Selepas Termakan Coklat Ahli Sihir? Saksikan Anne Hathaway Sebagai ‘Witch’ Dalam Filem The Witches Bermula Hari Ini! Bertukar Jadi Tikus Selepas Termakan Coklat Ahli Sihir? Saksikan Anne Hathaway Sebagai ‘Witch’ Dalam Filem The Witches Bermula Hari Ini!

Zemeckis, dalam satu kenyataan turut teruja dan mengakui naskhah ini sesuai untuk ditonton oleh semua, tidak semestinya kanak-kanak sahaja.

“Ia satu kisah yang diabolikal (jahat). Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak.

IKLAN

“Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak menjadi utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa,” kata Zemeckis.

Dalam pembikinan semula karya Roald Dahl ini sebagai sebuah filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama.

Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut, Grand Orleans Imperial Island Hotel.

IKLAN

Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus!

Bertukar Jadi Tikus Selepas Termakan Coklat Ahli Sihir? Saksikan Anne Hathaway Sebagai ‘Witch’ Dalam Filem The Witches Bermula Hari Ini! Bertukar Jadi Tikus Selepas Termakan Coklat Ahli Sihir? Saksikan Anne Hathaway Sebagai ‘Witch’ Dalam Filem The Witches Bermula Hari Ini!

Mahu tahu lebih lanjut? Layari saja laman sosial HBO Asia dan jangan lupa untuk naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/.

Ikuti trailer rasminya di sini;

https://youtu.be/9nlhmJF5FNI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI