Menafikan rumah tangganya sedang dilanda badai akibat kes yang berlaku, Datuk Farid Kamil menjelaskan dia dan isteri sentiasa memperbaiki kesilapan masing-masing dalam menjaga ikatan yang terjalin.

Malah dia menyifatkan isteri, Datin Diana Danielle sebagai isteri yang sangat menyokong dan sentiasa di sisi walau apa dugaan yang menimpa.

“Tidak berlaku seperti yang digembar gemburkan. Dia sentiasa ada di sisi dan menyokong saya daripada awal perkenalan sehingga saya ditimpa ujian, dia tetap setia.

“Dia dan anak-anak menjadi kekuatan kepada saya untuk menghadapi masa mendatang ini. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengekspresikan bagaimana beruntungnya saya memiliki isteri bernama Diana Danielle,” jelasnya.

IKLAN

Menghadapi lima pertuduhan sebelum ini sebelum tiga daripadanya digugurkan, jelas Farid Kamil, kehidupannya berubah sehingga ramai rakan mula menjauhkan diri.

“Memang ada rakan yang menjauhkan diri namun itulah yang saya harapkan sekarang ini. Biarlah mereka jauhkan diri daripada terus memberi kesan negatif kepada hidup saya.

IKLAN

“Yang mana masih setia dan baru masuk dalam kehidupan saya, saya  sangat bersyukur. Allah telah menunjukkan dengan jelas apa yang putih dan apa yang hitam. Saya sekarang ialah Farid Kamil yang tidak sabar menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

“Sekarang saya dan pihak peguam telah berjaya menggugurkan tiga daripada lima pertuduhan. Kalau boleh saya tidak mahu berulang lagi, tidak mahu pisang berbuah dua kali,” jelasnya.

IKLAN

Terdahulu, Pada 15 Mei tahun lalu, pelakon, penerbit dan pengarah itu dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC). Selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang, Farid dibenar menangguhkannya sehingga rayuan selesai.

 

https://youtu.be/vD1-4ZRmTsg

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI