Nama pelakon cantik, Sophia Albarakbah menjadi sorotan peminat susulan isu sensasi yang kecoh diperkatakan, sejak Ahad lalu.
Dalam ramai yang ingin mengetahui apakah situasi sebenar yang berlaku, namun ada juga yang mahu mengenali bintang ini lebih dekat dalam sisi kerjayanya di bidang seni.
Jadi, ini dia serba sedikit trivia Sophia yang namanya kian dikenali selepas tampil di dalam drama Mimaland, di samping Fattah Amin.
Ads
Berusia 29 tahun, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
Terdahulu, dia turut dikenali dengan nama Sophia Koshka dan dilahirkan di Kuala Lumpur.
Ads
Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
Hampir lima tahun terbabit dalam seni, penampilannya turut diingati menerusi drama drama Tercipta Satu Ikatan yang mengisi slot Megadrama, Astro Ria selain Hadiah Dari Tuhan di TV3
Ads
Sophia sebelum ini aktif sebagaimodel pelbagai iklan komersial.
Bakal muncul dalam drama adaptasi novel, Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama Aliff Aziz
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Azlan & The Typewriter berkongsi perasaanpilu apabila memaklumkan perkembangan bapanya selepas dijangkiti Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle, 39, lagi, bapanya yang berusia dalam lingkungan 60-an turut menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes, menyebabkan status kesihatannya dilaporkan kian merosot selepas disahkan positif wabak berkenaan.
“Bila dapat tahu… kondisinya teruk. Saya sebenarnya mampu berserah sahajalah. Apa yang tertulis, saya laluinya dengan reda. Kuasa tuhan sebenarnya.
“Harapan saya, semoga ada keajaiban tuhan, kalau bapa boleh sembuh seperti sedia kala, alhamdulillah,” katanya.
Azlan bagaimanapun sempat bertemu dengan bapa kandungnya itu sebelum ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sekitar bulan lalu sebelum dia disahkan positif Covid-19.
“Keadaan ini sukar dijangka kerana sesiapa saja mungkin dijangkiti. Apabila tiba masanya, jaga bagaimana pun, kita tetap kena juga,” katanya.
“Bapa dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lepas dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejurus dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.
“Saya harap keluarga saya kuat berdepan dugaan ini,” katanya.
Azlan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran label muzik, Indigital Music Sdn Bhd di restoran 10 Gram, Puchong, Selangor pada Selasa.
Sementara itu katanya kepada MH, berkata ahli keluarganya yang lain bagaimana pun disahkan negatif Covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bahang sukan Olimpik Tokyo 2020 dirasai pencinta sukan selurih dunia, termasuk anak selebriri Zarina Zainuddin, Muhammad Raizal Azrai.
Zarina memaklumkan anak bujangnya yang kini berusia 25 tahun itu akan mencatat nama atlet yang berjaya memenangi pingat di kejohanan bertaraf dunia itu.
“Azal siap catit kan nama pemenang Olimpik,” tulis Zarina.
Menerusi video tersebut, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu secara spontan bertanya siapakah atlet negara yang berjaya memenangi pingat dan dijawab lancar Azal.
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan antara cabaran terbesar ketika membawa watak Kopral Hafiq, di dalam filem Juang adalah untuk menjaga etika ketika memakai seragam polis.
Menurut Zizan, dia juga tidak boleh bertindak sembarangan agar tidak mencemarkan reputasi badan beruniform tersebut.
“Pemakaian uniform polis juga merupakan satu cabaran buat diri saya kerana ia mempunyai banyak pantang larang. Saya tak boleh buat kelakar atau salah cakap. Kena ada tatatertib yang kita harus diikut.
“Saya juga kena tahu cara berbahasa dan adab ketika memakai uniform ini. Ia merupakan satu tanggungjawab. Cara pemakaian pun kena jaga. Topi yang saya pakai itu tak boleh terlalu tinggi atau rendah.
“Ketua polis pun turun juga masa penggambaran filem ini sebab ada orang berkongsi gambar saya yang memakai topi dengan cara yang salah. Team wardrobe juga kena ambil tahu pasal etika pemakaian ini,” katanya kepada MH.
Jelas Zizan lagi, dia juga mengambil pendekatan untuk kurangkan bercakap mengenai perkara yang tidak perlu sepanjang melakonkan filem ini.
“Saya juga tak boleh sewenang-wenangnya buat lawak ketika pakai uniform dan saya bimbang kalau saya tak boleh kawal diri saya.
“Jadi, saya kekal fokus, berdiri tegak dan kurang berborak dengan orang sekeliling,” ujarnya lagi.
Aktor berusia 38 tahun berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem, Juang baru-baru ini.
Membawakan watak sebagai seorang anggota polis, Zizan berharap agar semua pihak dapat menerima lakonannya itu meskipun namanya sudah sinonim dengan watak-watak yang kelakar.
“Sebenarnya memang agar sukar tapi saya serahkan kepada orang luar untuk menilai. Disebabkan dunia komedi, masyarakat sudah merasa dekat dengan saya. Mungkin sebab saya selalu hiburkan mereka.
“Tapi bila di luar, saya tidaklah sentiasa kelakar. Kadang-kadang bila saya nak sampaikan sesuatu yang serius, orang jadi susah nak percaya.
“Namun, inilah harga yang harus saya bayar sebab saya dah sinonim dengan dunia komedi. Mungkin disebabkan kejayaan lawak saya, mereka rasa saya sebegitu.
“Tapi tak salah pun rasanya kalau saya berlakon karya-karya serius seperti ini untuk orang luar tahu yang saya juga mampu.
“Meskipun kehadiran saya di dalam industri ini diatas tiket Raja Lawak, tapi sebelum itu saya aktif dalam dunia teater. Saya juga idamkan sesuatu yang saya buat dahulu.
“Jadi, orang luar kena bezakan genre cerita yang mereka tonton. Saya tak mahu mereka hampa bila tongok saya berlakon watak serius,” akhirinya.
Terdahulu, filem Juang yang diarahkan oleh lima sutradara tersohor tanah air bakal ditayang di pawagam seluruh negara bermula 8 September ini.
Filem yang mengetengahkan mengenai pengorbanan para petugas barisan hadapan sewaktu krisis pandemik Covid-19 ini turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Janna Nick, Zul Ariffin, Sangeeta dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!