Pelakon Adam Lee menjelaskan dia memilih tarikh pernikahan hari ini dengan pasangannya yang juga aktres, Sweet Qismina bersempena dengan tarikh lahir pelakon itu.
Menurut Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, pemilihan tarikh 24 Oktober dipilih kerana dia mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dalam hidup Sweet, hari ini.
“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah Sweet dilahirkan oleh ibunya dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” katanya.
Menurut Adam, sepanjang empat tahun mereka bercinta, apa yang diterapkan adalah kejujuran dalam perhubungan.
“Bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu, mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.
Ads
Sementara itu, Sweet, 25, atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi pula akui, mereka mengambil masa empat tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin kerana mahu menamatkan pembelajaran.
“Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar.
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami dipermudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah uar-uarkan di media sosial.
“Mungkin sebab itu, ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah makbulkan sampai sekarang,” katanya.
Ads
Terdahulu, pasangan itu selamat bernikah dengan sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang, di sini, jam 10.40 pagi.
Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein.
Ads
Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.
Nilai mas kahwin itu adalah simbolik pada tarikh lahir Sweet pada hari ini.
Sweet dan Adam yang juga pelakon drama Bidadari Salju bertunang pada 24 Oktober tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.
Seterusnya, kedua mempelai bakal diraikan dalam majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Farid Kamil memanjatkan rasa syukur apabila rumah tangganya bersama aktres jelita Diana Danielle kini semakin bahagia selepas hampir setahun kembali rujuk.
Walaupun ada yang menganggap mereka sebagai pasangan contoh yang mempu melayari bahtera perkahwinan, Farid menegaskan dia dan Diana hanya Kembali kepada niat asal perkahwinan tersebut.
Katanya lagi, apa yang dipaparkan kepada umum bukan satu perkara yang baik terutama berkaitan perceraian.
“Macam saya katakan sebelum ini, apa yang kami lakukan itu bukanlah contoh terbaik.
“Namun, apa yang boleh saya katakan ialah, kami kembali kepada niat asal perkahwinan ini.
“Apabila kami faham antara satu sama lain, niat asal kami berkahwin kerana Allah, semuanya menjadi mudah,” katanya kepada MH.
Farid berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Gold yang berlangsung di TGV, TRX Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambahnya, dia dan Diana juga sudah menemui jalan dan titik persefahaman selepas duduk berbincang bagi menangani kemelut rumah tangga mereka.
“Sebelum ini mungkin pemikiran dan pemahaman kami itu tidak selari tetapi apabila sudah duduk berbincang, kami kini berada dalam fasa bahagia.
“Saya sebagai seorang ayah dan lelaki, rasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Sebab semua ini sudah tertulis dan kami hanya menjalani ahaja perjalanan ini,” ujarnya.
Ditanya dakwaaan pasangan tersebut masih belum ke mahkamah bagi proses rujuk, Farid memberitahu semuanya sudah diselesaikan tanpa perlu mengejar sensasi.
“Rujuk sudah lama berlaku secara dasarnya. Kami ambil jalan tengah untuk selesaikan masalah itu (cerai) dengan rujuk.
“Kami juga tidak menguar-uarkan bahawa benda itu jadi berita sensasi dan cuma ambil jalan mudah dan terbaik,” katanya lagi.
Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instam Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nubhan Ahamad tabah selepas diuji dengan positif Covid-19 sejak 16 September, meski dirinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin kira-kira dua bulan lalu.
Bagaimanapun suami kepada Dr Afifah Hidayah Tawfek itu memaklumkan yang dia kini sudah bebas daripada wabak berkenaan.
Menurut Nubhan, ketika disahkan positif wabak itu, isteri dan dua anaknya didapati negatif.
“Saya dikuarantinkan selama 10 hari diPusat Kuarantin Swasta di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Pada 26 September lalu, saya sudah potong gelang merah jambu menandakan bebas daripada penyakit berkenaan.
“Saya positif wabak itu buat kali pertama dengan simptom tertentu seperti sakit kepala seperti kena denggi, rasa seram sejuk, hilang deria rasa dan bau.
“Saya bersyukur kerana berjaya mengharungi detik sukar itu meski kena berjauhan dengan keluarga. Memang kita semua nak elak daripada terkena jangkitan wabak itu. Tapi malang tak berbau. Saya akur,” kata penyanyi lagu Ada Untukmu.
Nubhan pada masa sama menambah, dia juga mula sedar bahawa lengkap vaksinasi, ia bukan jaminan kebarangkalian terkena COVID-19 takkan berlaku.
“Doktor cakap, walaupun sudah lengkap vaksinasi, mereka boleh terkena wabak itu sama ada menunjukkan simptom atau sebaliknya.
“Benar kita berusaha suntik vaksin sebagai salah satu ikhtiar. Tapi itu juga bukan alasan yang kita akan selamat dan tak kena COVID-19.
“Pendek kata, memang kena terus jaga diri dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Sebelum ini pada 2 Ogos lalu, kakak serta abang iparnya, turut disahkan positif COVID-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bahang Syawal agaknya, penyanyi Syamel ada berkongsi foto dan video lucu gara-gara mahu promosikan barang jualan, rela mengenakan baju kurung moden di sebuah karnival jualan, baru-baru ini.
Difahamkan, Syamel dan rakan niaganya, Ernie Zakri turut mengambil peluang untuk promosikan baju Kurung dan Melayu mereka di karnival jualan berkenaan.
“Saya masih di PWTC. Mai lerrr : @erniezakri”tulisnya.
Pelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.