Selebriti versatil, Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat pulang ke tanah air selepas selesai menunai ibadah haji di tanah suci, Mekah.
Kepulangan kedua ibu bapanya itu disambut oleh Alif di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Menurut Alif, dia sendiri tidak dapat menggambarkan betapa gembira hatinya saat melihat ibu bapanya itu pulang dalam keadaan yang sihat dan baik.
“Ada hamba Allah sent me this video. Thank you for capturing this moment. Semalam Alif sambut mama ayah Alif balik dari Tanah Haram.
“Syukur that both of them are back safe,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Risik Pada Hati itu menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram.
Video berdurasi hampir seminit itu turut memaparkan Alif sedang memeluk erat dan mengucup kedua ibu bapanya itu.
Pada masa sama, Alif turut mendoakan agar uruskan para jemaah haji yang lain untuk pulang ke Malaysia akan sentiasa dipermudahkan.
“Buat semua jemaah haji yang baru pulang, semoga Allah swt menerima segala ibadah mu, semoga Allah besarkan pahala mu, dan semoga Allah ganti dan gandakan apa yang telah kau belanjakan. AAMEEN YA RABB,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh saat melihat video tersebut turut menitipkan ucapan selamat pulang buat kedua ibu bapa Alif.
“Allahuakbar. Bestnya dapat rasa momen macam ni bro. Kirim salam to your Haji dan Hajjah,” komen pengacara dan penyampai radio, Radin Era.
“Dia yang peluk, kita yang nangis,” balas pelakon Diana Danielle.
“Indahnya masih ada. Rindunya arwah mak abah. Jaga Alif. Bagi yang terbaik buat mereka,” kata pelawak, Achey.
“Pelukan berkat. Pelukan rindu. Pelukan kasih sayang,” kata pelakon, Hairul Azreen.
“Alhamdulillah, moga mabrur,” kata pelakon, Shamsul Ghau Ghau.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 400,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar