Sebagai tanda perhargaan kepada pembantu rumah, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah meraikan ulang tahun kelahiran salah seorang pembantu rumahnya.

Bukan itu sahaja, Eina dilihat turut menghadiahkan seutas rantai istimewa kepada pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Megawati itu.

“Happy Birthday to my orang kuat Megawati Terima kasih sebab banyak membantu meringan kan segala kerja2 saya di rumah.

“Saya hargai sangat kamu nak rantai baru kan ni saya hadiah kan untuk kamu buat kali kedua sbb yang pertama tu dia ganas sangat sampai terputus.

IKLAN

“Saya harap kamu happy untuk sambut birthday kamu yang terakhir bersama saya tahun ni kami semua sayang kamu mega,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Lantas, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah mendapat perhatian peminat.

IKLAN

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap baik hati dan penyayang Eina bersama pembantu rumahnya.

“Bestnya Dapat Majikan Baik Macam Ni,” – Hadiahkan Rantai Kepada Pembantu Rumah, Sikap Murni DP Eina Azman Terima Pujian “Bestnya Dapat Majikan Baik Macam Ni,” – Hadiahkan Rantai Kepada Pembantu Rumah, Sikap Murni DP Eina Azman Terima Pujian “Bestnya Dapat Majikan Baik Macam Ni,” – Hadiahkan Rantai Kepada Pembantu Rumah, Sikap Murni DP Eina Azman Terima Pujian

IKLAN

Untuk rekod, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman dilahirkan pada 13 Mac 1995 dan telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

“Bestnya Dapat Majikan Baik Macam Ni,” – Hadiahkan Rantai Kepada Pembantu Rumah, Sikap Murni DP Eina Azman Terima Pujian “Bestnya Dapat Majikan Baik Macam Ni,” – Hadiahkan Rantai Kepada Pembantu Rumah, Sikap Murni DP Eina Azman Terima Pujian

Foto: Instagram Eina Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI