Dianugerahkan keluarga besar yang bahagia, pelakon Ozlynn mengimpikan mahu miliki seorang lagi anak perempuan.
Kongsi ibu kepada lima orang anak itu, dia merasakan waktu begitu pantas kerana anak-anaknya kini semakin meningkat dewasa.
“Bestnya kalau dpt lagi sorg girl.. baru ngam.. 3 👦 3 👧 .. kejap sgt dorg ni besar😔.. x puas gomoi.
“Pastu skrg dh besar x suka dh kita pelok kiss.. dorg dh rimas.. tp tu la.. lg dorg rimas lg kita kenyam smp melalak🤣 mcm mane kita x kenyam.
“Cer slide gambar smp abes.. cer tgk tgk jari dia buat mini ❤ mcm mane,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Menerusi foto yang dikongsikannya, peminat memberikan respon terhadap gelagat cilik Cantiq dan Moleiq.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada Julai 2009.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania,Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.
Foto: Instagram Jozlynn
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fyna Jebat Akui Berbaik Dengan Madu, Tiada Masalah Bersemuka; “Saya Tak Kisah Kalau Nak Duduk, Makan Semeja.”
Penyanyi Fyna Jebat yang juga merupakan isteri kedua kepada bekas jurulatih bola sepak, Zainal Abidin Hassan, 61, memaklumkan hubungannya bersama madu, Datin Zalina Zaini berada dalam keadaan baik dan mereka sudah berdamai.
Menurut Fyna atau Nurul Shafina Jebat, 29, dia mengharapkan hubungan baik yang dibina akan terus berkekalan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah hubungan kami dah berbaik.
“Harapan saya, semoga anda terus mendoakan yang terbaik buat saya dan keluarga.
“Suami memang sentiasa menyokong apa yang saya buat dan sering beri nasihat dalam semua perkara,” kata Fyna kepada MH.
Fyna ditemui pada majlis pelancaran produk AEDOS Serum keluaran Elegant Cosmetics yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pada malam Jumaat.
Dalam majlis itu, Zainal turut hadir menemani Fyna yang diundang untuk mengadakan persembahan.
Dalam pada itu, Fyna menjelaskan dia tidak mempunyai masalah untuk duduk semeja bersama madunya itu selepas insiden pergaduhan melibatkan mereka pada Januari lalu mengejutkan ramai pihak.
“Kalau untuk berjumpa sekarang ni saya sedang sibuk.
“Insyaallah saya pun tak kisah nak berjumpa, nak duduk, makan semeja… saya memang tiada masalah.
“Doakan yang terbaik buat kami,” katanya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zalina didakwa berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen sehingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka di sebuah restoran di Shah Alam.
Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka dan isteri pertama mendakwa adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu telah berkahwin dengan Zainal tanpa pengetahuannya.
Bagaimanapun, kemelut melanda mereka akhirnya terlerai apabila laporan polis yang dibuat telah ditarik balik selepas kedua-duanya mengambil keputusan enggan memanjangkan isu berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cik Manggis & Suami ‘Steady’ Main ‘Surf-Skate’ Lepas Positif Covid-19, Mahu Kembali ‘Fit’
Penyanyi dan pelakon Cik Manggis mendedahkan kebelakangan ini dia aktif melibatkan diri di dalam sukan ‘surf skating’.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, 33, berkata, dia dan suami Syazmin Firdaus Aminuddin baru sahaja berjinak-jinak di dalam sukan ini iaitu sekitar April lalu.
Anggota kumpulan De Fam ini pada masa mengakui, dia dan suami mula kembali mendapatkan stamina sejurus mereka disahkan positif Covid-19 sebelum ini.
“Sebelum ini saya dan suami pernah terjangkiti Covid-19. Kemudian selepas itu rasa macam tak sihat sangat, mungkin ada di antara mereka yang pernah dijangkiti akan mengalami simptom ‘post Covid-19’.
“Jadi kami terfikir untuk lakukan aktiviti riadah yang boleh mengeluarkan peluh. Alhamdulillah selepas aktif dengan ‘surf-skate’, setakat ini stamina kami kian baik.
“Sekarang ni kalau tiada komitmen kerja seni, memang saya akan turun padang main ‘surf-skate’. Sampaikan pemain lain pun teruja dengan progres kami memandangkan kami sebagai ‘budak baru’,” katanya kepada MH.
@mediahiburanofficial Cik Manggis tunjuk skill buat ‘Surf-skate’, dia baru belajar bulan April lepas. Not bad lah kan? #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Panas – De Fam
Manggis ditemui pada program Malaysia Boleh bersama Milo sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Cik Manggis juga menambah, dia mengikuti kelas latihan khas bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai sukan berkenaan.
“Sebelum betul-betul aktif, kami ada ambil kelas asas ‘surf-skate’ sekali. Kemudian daripada situlah, kita belajar daripada mereka yang berpengalaman.
“Kiranya inilah hobi baru saya selepas menari. Ramai juga peminat tanya sebab sudah jarang kongsi video menari di media sosial,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Manggis bersama De Fam bakal muncul dengan single terbaharu hujung bulan ini.
Berbeza daripada single terdahulu, lagu baharu tersebut bakal dilancarkan bersama muzik video rasmi dan optimis naskhah ini mampu diterima baik pendengar sejurus dilancarkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perjuangan Sebar Ilmu Takkan Pernah Berakhir,” – Education 2.0 Iktiraf Aplikasi PTTI Sebagai ‘Best Companies Award’
Usaha murni pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, telah diiktiraf di pentas global.
Ternyata aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI: Better Result yang dipromosikan tahun lalu itu memberi manfaat kepada ramai pelajar.
Menerusi persidangan dipanggil Education 2.0 yang menghimpunkan ramai para ilmuan akademik itu, pusat ilmiah berkenaan dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 – Best Companies Award.
Majlis yang berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mencatat kejayaan bermakna, sekali gus menjadikannya sebagai aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Tak ketinggalan, pengiktirafan yang diterima pada 23 Mac lalu itu juga dinilai kepada sumbangan PTTI dalam menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian ilmu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana memanjat kesyukuran dan rasa bangga kerana usaha mereka dipandang di peringkat antarabangsa.
“Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu kepada kami dalam terus memastikan niat membangkitkan sektor pendidikan di tangga paling utama. Kejayaan ini juga hasil kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI.
“Tak dilupakan kepada tulang belakang, mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman, ibu bapa, keluarga tersayang dan teman.
“Pengiktirafan ini juga bukan penamat untuk kami statik di zon selesa. Perjuangan menyebar ilmu ini takkan pernah berakhir,” kata Cikgu Fana.
Tambahnya, visi dan misi pusat ilmiah itu untuk menjadi syarikat berasaskan pendidikan dan teknologi atau disebut edutech tetap berpaksikan tiga prinsip utama.
“Pertama, kami mahu terus memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar dengan tangkas dan fleksibel. Kedua, kami juga mahu terus berinovasi untuk kualiti pendidikan yang lebih baik.
“Ketiga, untuk memastikan kami terus menyampaikan hasil terbaik demi kecemerlangan pelajar. Secara rumusannya, kami juga mengubah masa depan dan memberi impak kepada pendidikan 1 bilion pelajar seluruh dunia demi hasil dan kehidupan lebih baik,” katanya lagi.
Selain Cikgu Fana, kunjungannya ke Dubai sejak 21 Mac lalu turut ditemani lima lagi yang lain termasuk Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib).
Pengiktirafan berkenaan dinilai daripada lima sudut termasuklah reputasi dibina, aspek kreatif, pandangan kewangan, berdaya saing dan berkepimpinan tinggi.
Penilaian dibuat berdasarkan pertimbangan serta penyelidikan teliti juga tidak syak lagi menyebelahi pusat ilmiah itu untuk diangkat sebagai penerima pengiktirafan terbabit.
Pusat ilmiah itu bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Bagaimanapun pada tahun 2016, pusat berkenaan menjadi semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.
Sepanjang tempoh kewujudan, pusat ilmiah itu turut menggunakan golongan berpengaruh yang cemerlang dalam akademik seperti Mira Filzah dan terbaru Iman Troye dan MK K-Clique sebagai duta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI