
Pelakon, Izreen Azminda ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam berkongsi gelagat suami tersayang.
Perkongsian tersebut merakamkan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude yang menyediakan nasi goreng buatnya.
“Hari ni iols nk beronok ronok.. Abg masak n kemas dapur kay @udewahid,” tulis Izreen ringkas.
View this post on InstagramHari ni iols nk beronok ronok.. Abg masak n kemas dapur kay 🤭🤭🤭🤭 @udewahid
A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap suami Izreen yang ringan tulang dan penyayang.
Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 8 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Video: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belum Pernah Betul-Betul Berpurdah Cuma…,”- Mahu Anak Murid Bezakan Imej Guru & Penyanyi, Tasha Manshahar Sanggup Tukar Nama?

Penyanyi, Tasha Manshahar menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini telah ‘lari’ daripada imej wanita berpurdah.
Menurut Tasya, dia sebelum ini tidak pernah berpurdah sebaliknya hanya mengenakan pakaian sedemikian untuk menjaga privasi.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
“Saya belum pernah membawa imej sebagai orang yang betul-betul berpurdah.
“Cuma ada satu ketika sewaktu saya baru mengajar di Melaka, saya sangat dikenali dan itu merupakan salah satu cara untuk menjaga privasi bila ke mana-mana.
“Tapi sekarang saya dah rasa selesa dengan orang sekeliling kerana saya dah pilih circle saya sendiri untuk saya rasa selamat,” katanya kepada MH.
Akui kerjaya sebagai seorang guru dan penyanyi sukar untuk berjalan seiring, isteri kepada penyanyi, Raqib Majid itu akui dia amat memandang tinggi terhadap semua jenis kerjaya.
“Itu juga merupakan salah satu faktor, dua kerja ini bukan tidak boleh selari tapi ia tidak akan berjumpa di suatu titik yang sama.
“Saya sebagai seorang individu, memandang tinggi terhadap semua kerjaya. Apa sahaja kerjaya seseorang itu mereka ada peranan yang tersendiri dalam pembentukan masyarakat.
“Pada saya, semua pekerjaan wajar dihormati selagi anda buat perkara yang betul. Oleh itu, untuk jangka masa panjang saya lebih selesa dikenali sebagai seorang guru.
“Kelebihan saya mungkin saya ada ramai followers dan saya boleh sebarkan lagi banyak perkara berbanding guru-giri lain,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Aku ini turut mengakui menghadapi cabaran untuk membezakan imej sewaktu di sekolah dan juga di luar.
“Di sekolah saya tidak menggunakan nama Tasya tapi saya gunakan nama Teacher Nadia.
“Perkara ini sukar untuk dibuat pada peringkat awal sebab saya nak lari daripada imej seorang artis ketika di sekolah.
“Ada juga sewaktu disekolah mereka panggil saya ‘Tasha Manshahar’ macam tu je sebab mereka dah terbiasa begitu.
“Sebab itu saya kena kuat dan macam mana sekali pun saya tetap guru mereka dan alhamdulillah mereka kini selesa panggil saya teacher Nadia
“Orang lebih hormat dan tidak bercampur dengan imej yang biasa mereka tengok di luar,” akhirinya.
Tasha Manshahar telah mendirikan rumah tangga bersama Raqib Majid pada tanggal 8 September 2018 dan kini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muammar Rafiqi
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
”Pecah Rahsia! Saya Dah Ada 5 Orang Anaklah,” – Penampilan Naqiu ‘Mantain’ Muda Pada Usia 34 Tahun, Peminat Beri Respon

Penyanyi Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib,34, ada berkongsi fotonya sekeluarga bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban, minggu lalu.
Sambil memberikan kapsyen humor menerusi Instagram, juara program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini turut mendedahkan dirinya sudah mempunyai lima orang anak.
“Alamak pecah dah rahsia! Saya dah ada 5 org anak lah.
“Jatuh menjunam saham! Hmmm so tak boleh nk guna hashtag #BakalMenantuMakAwak dah, tapi kalau #BakalAyahMertuaAwak ok?!,” tulis Naqiu.
View this post on InstagramA post shared by Naqiu Mohd (@thisisnaqiu) on
Serentak dengan muat naik foto keluarga besarnya itu, para peminat turut meninggalkan komen pelbagai. Antaranya;
Foto: Instagram Naqiu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kebanyakannya Yang Tidak Bergambar,” – Rita Rudaini Perasan Akan Muncul Akaun IG Palsu Beri Komen Tak Baik, Terutama Bila Kongsi Foto Anak-Anak

Rita Rudaini mengakui dirinya ada perasan kewujudan akaun palsu yang dicipta sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang secara tiba-tiba akan muncul meninggalkan komen negatif apabila dia berkongsi foto anak-anak di laman Instagram.
Tambah Rita, ada ketikanya dia akan turut mengambil pendirian untuk membalas sesetengah komen yang ditulis dari akaun palsu terbabit pada entri foto melibatkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
“Saya ada juga berikan reaksi terutamanya yang beri komen menggunakan akaun palsu. Kebanyakannya yang tidak bergambar. Saya akan balas.
“Saja kadang-kadang kalau ada masa saya ‘melayan’,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
“Saya perasan, kadang-kadang kalau kongsikan foto anak-anak menerusi Instagram, akan ada akaun palsu yang akan tinggalkan komen.
“Pelbagai komen yang muncul, malah ada yang macam tak puas hati. Nak buat macam mana? Sebabnya, bila saya kongsi foto anak, ramai yang akan berkait, contohnya ada yang beri komen ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, macam bapa mereka pandai main bola dan macam-macam lagi, akan masuk balik kenangan dulu.
“Saya okay sajalah. Tapi ada pula akaun palsu komen yang tak baik, jadi dari situlah saya mula balas komen,” jelasnya kepada MH.
Ditanya sejauh mana dirinya sebagai seorang selebriti perlu menjawab respon tidak berasas dari sesetengah akaun palsu di media sosial, bintang Mami Jarum ini menyifatkan selebriti juga sama seperti penggguna media sosial lainnya.
“Selalunya saya ikutkan mood. Bagaimanapun, selebriti pun manusia biasa. Jika ia dikira melampau dan rasa perlu komen, komenlah.
View this post on InstagramA post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
“Cuma cara komen tu biarlah berasas atau pun nasihat. Kadang kita pun nak hiburkan ‘hatinya’ yang sunyi, ‘dia’ pun perlukan respon dari kita,” seloroh Rita.
Rita terdahulu ditemui media sejurus selesai saingan program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu keempat, Ahad lalu.
Bintang berusia 41 tahun itu mengungguli minggu keempat program berkenaan, sekali gus menjadi juara mingguan wanita pertama dengan menafikan kemaraan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies ke peringkat separuh akhir.
Atas kemenangan yang diraih, Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.
Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, Pak Limra kini difahamkan berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.
Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.
Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara sementara Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand bersiaran setiap Jumaat, pukul 9.00 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI