“Bestnya Suami Masakkan, Mesti Sedap,” – Hidang Nasi Goreng Buat Isteri, Peminat Puji Suami Izreen Azminda

Share

Pelakon, Izreen Azminda ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam berkongsi gelagat suami tersayang.

Perkongsian tersebut merakamkan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude yang menyediakan nasi goreng buatnya.

“Hari ni iols nk beronok ronok.. Abg masak n kemas dapur kay @udewahid,” tulis Izreen ringkas.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap suami Izreen yang ringan tulang dan penyayang.

Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 8 bulan.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Video: Instagram Izreen Azminda

Published by
Nazar Rafiqhi