Sebagai seorang penyanyi baru, Layla Sania memberitahu bahawa dirinya cuba untuk terus komited dan fokus terhadap karier seni nyanyian yang diceburinya seawal usia kanak-kanak.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, remaja berusia 19 tahun ini turut memiliki kebolehan menyanyi dan bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan baik.
Meski sudah melibatkan diri dalam dunia nyanyian sejak di bangku sekolah lagi, Layla atau nama sebenarnya, Layla Sania Khairuzikri tidak rasa menyesal apabila terpaksa mengorbankan zaman remajanya semata-mata demi karier.
“Tidak ada rasa rugi, tapi kadang-kadang saya ada juga tertanya-tanya dengan diri kenapa kawan-kawan boleh luangkan masa mereka sebagai remaja.
Ads
“Tetapi saya pula kena sentiasa duduk depan komputer, buat lagu ‘cover’ dan sebagainya.
“Kawan-kawan saya boleh keluar lepak bersama setiap minggu, tapi saya tak boleh. Namun sekarang saya sedar betapa berbaloi usaha saya selama ni, Alhamdulillah,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Layla memberitahu, ibu bapanya juga tidak pernah menghalang dan sentiasa memberi galakan.
Ads
“Sebenarnya mak dan ayah tak pernah halang untuk saya capai impian. Macam ayah, saya dia seorang pemuzik, pelukis. Jadi saya membesar dalam keluarga yang sukakan muzik.
“Dari saya kecil lagi memang saya suka menyanyi. Sebenarnya dulu saya punya cita-cita nak jadi cikgu tapi bila menang dalam satu pertandingan nyanyian ni dulu terus saya rasa nak jadi penyanyi,” kata pelajar ini lagi.
Pelbagai kisah menarik lain yang turut dikongsikan oleh Layla Sania.
Foto: Instagram Layla Sania
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kurang seminggu bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha telah pun mengumumkan berita gembira apabila dia secara rasmi merupakan wajah wakilan terkini bagi produk Inner Shine.
Mengenakan persalinan gaun ungu cair senteng, Fasha turut memberitahu meski inainya masih merah di jari, perlantikan tersebut disifatkan sebagai rezeki kahwin dan anak-anak.
“Bismillahirahmanirahim, Inai merah masih dijari. Rezeki kahwin dan anak2, hari ini saya di Kuala Lumpur untuk PC perlantikan saya sebagai Duta Inner Shine terbaru untuk tahun 2019.
“Terima kasih Miss Lam Hui Min daripada Brands Suntory kerana memilih saya sebagai Duta terbaru Inner Shine. Terima kasih juga buat Semua yang hadir hari ini terutamanya Suami tersayang , Media dan para peminat ,”tulisya ringkas.
Siapa tidak kenal dengan figura jelita yang pernah dikatakan kembar seiras kepada pelakon tanah seberang Nia Ramadhani, pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli ataupun Amyra Rosli mula berkecimpung dalam industri seni tanahair sejak 2011 sebagai pelakon wanita Malaysia.
Setelah namanya melonjak naik apabila menjadi teraju utama dalam drama bersiri keagamaan berjudul Nur, Amyra kini mulai membereikan fokus dan melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan pula.
Detik Penghijrahan Amyra Rosli, Dah Lima Tahun Berlalu!
Memetik laporan Media Hiburan, Amyra mula mengorak langkah berubah kearah lebih baik sekitar 2011, diam tak diam sudah lima tahun Amyra istiqamah mengenakan tudung dan menggayakan busana patuh syariah.
Sehubungan itu, dalam temu bual bersama Zayyan, ibu kepada dua cahaya mata dan juga suri hati kepada Amar Baharin itu ada menceritakan semula detik-detik penghijrahan yang dilakukan.
Menurut Amyra, kali pertama terdetik mahu berhijab sepenuhnya, dia berbuat demikian tanpa berbincang dengan suami, Amar Baharin dan ibunya, sebaliknya perubahan itu berlaku secara tiba-tiba.
“Ketika saya pulang dari Mekah, ada seorang kawan lelaki datang ke rumah untuk menziarahi kami sekeluarga.
“Apabila saya sudah bermingu-minggu menutup aurat ketika berada di Mekah, apabila tetamu datang rumah, rasa macam tak selesa. Saya rasa mungkin dah sampai masa.
“Ketika itu saya tidak berbincang dengan suami atau ibu saya, ia datang secara tiba-tiba untuk saya berbuat demikian (menutup aurat),” kongsi pelakon drama Nur 2 itu.
Tiga Figura Ini, Inspirasi Amyra Kekal Istiqamah
Menjadikan Neelofa, Mizz Nina dan Vivy Yusof sebagai insiprasi selebriti wanita hijab yang berjaya, Amyra akui bahawa ada kalanya terfikir mengenai soal rezekinya dalam industri hiburan.
“Saya dah beberapa tahun dalam industri hiburan ini dengan free hair dan berlakon macam biasa. Bagi saya ia seolah-olah rutin yang sama setiap hari.
“Apabila mengenakan tudung ini, kadang-kadang ada juga bisikan jahat yang mempersoalkan ada job ke lepas ni? ada ke tempat aku dalam industri ini lagi? Tapi saya memandang ke araf positif dan menjadikan Neelofa, Mizz Nina, Vivy Yusof sebagai inspirasi.
“Mereka yang menjadikan saya kuat apabila saya berasa down,” ujar Amyra.
Apa Lagi Yang Allah Tak Beri?
Tambahnya lagi, pesanan seorang ustaz menjadikan pelakon itu lebih kuat untuk berhijrah.
“Ustaz saya pernah sampaikan pada saya, jika kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia semata-mata, tetapi kalau kita kejar dua-dua (dunia dan akhirat), kita akan dapat dua-duanya sekali.
“Rezeki kahwin sudah ada, anak dan karier. Apa lagi yang Allah tak bagi aku. Mungkin saya rasa sudah tiba masanya ikut perintah Alla pula.
“Apabila sudah berhijrah ini, pemikiran lebih matang dan tahu perancangan yang mahu dilakukan dalam hidup,” jujur Amyra.
Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun itu, perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...