Sekian lama menanti, akhirnya muzik video (MV) lagu Syinta Gila nyanyian usahawan kosmetik, Safiey Illias dimuat naik di laman Youtube, semalam.
MH difahamkan, jumlah tontonan sudah mencapai lebih 36,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam serta ia turut trending di laman Youtube.
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, ramai yang memberikan respon positif terhadap MV tersebut, hinggakan ada yang membandingkan MV ini dengan lagu Bobo Di Mana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucintaluna.
Bagaimanapun, ada juga yang secara turut bergurau bertanyakan jika lagu Syinta Gila bakal tersenarai dalam kategori mana seandainya berjaya ke mana-mana ‘anugerah’ kelak.
Sebelum ini, Safiey sering muat naik video menunjukkan para netizen menyanyikan semula lagu Syinta Gila, antara muka-muka yang dikenali adalah Wani dan juga Aliff Syukri sendiri.
Foto/Instagram: Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Adalah Security Kita,”- Nourul Depp Rindu Arwah Ibu & Bapa, Throwback Memori Indah Bersama!
Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa rindu pada arwah ibu dan bapanya.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada Eric Daniel Depp itu di Instagramnya.
“Rindu pulak tiba2 kat arwah mak dan abah. Kasih yang tidak akan putus sampai bila bila.
“Ibu bapa kita adalah security kita sepenuhnya. Kasih sayang yang mutlak. Macam mana pun kita, mak bapak akan terima kita dalam keadaan apa pun .
“Arwah mak pernah cakap “uda habaq la kat mak. Uda makan hati ka. Uda sedih ka? Apa apa jadi, uda akan ornag pulangkan pada mak balik.” .
“Diam ja lh. Nak kata apa. Pilihan sendiri. Walaupun tak happy, kena hadap. (Masa tu lah. 21 tahun yang lalu). Last bila dah diam, mak kata : “hang ni, taat sungguh lah. Tak tau awat hang lagu ni.
“Taat dan setia tu dari mak. Suka sengih dari abah. Kuat qeja dari mak. Suka cari duit dari abah,” tulis Nourul yang mendirikan rumah tangga dengan Eric pada jun 2012.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Malah, menurut ibu kepada tiga orang anak ini lagi, dia turut mendedahkan sisi baik kedua arwah ibu bapanya yang mempunyai jiwa yang penyanyang.
“Arwah mak dan abah kami punyai hati yang sangat jujur. Sangat sangat baik. Sampai ornag buat macam2. Mak kata; biaq orang huat kat kita. Jangan kita buat kat orang. Masa tu tak faham. La ni faham dah. Rupanya jangan berbuat jahat kat orang tapi kita kena jaga diri kita jangan sampai jadi victim.
“Buat baik ni bawk ke mati. Memang betui. Sampai la ni sapa pun yang kenai mak bapak kami, tak kira lah orang orang besar atau macam biasa macam kita ni; akn kenang depa. Akn ingat depa. Itu satu tauladan yang takkan kami lupa,” tulis Nourul lagi.
Dalam pada itu, Nourul juga mengagumi arwah ibunya kerana berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya seramai 15 orang.
“Arwah mak kami ada 15 orang anak. Macam mana kuatnya dia menahan sakit (2 songsang) beranak tanpa epidural? .
“Mak memang ahli syurga! Uda doa siang malam. .
“Abah, kalau masa abah ada, uda dah jadi sapa uda la ni, uda mesti masa tu jaga abah supya orang tak buli abah. . (Part ni lap ayaq mata laju2. Maid masuk bilik buat qeja! Potong stim aku lah hang ni ruby!) .
“Al fatihah buat arwah salmah ibrahim dan ab wahab bin hj ab raof . Tempt kan mereka berdua di jannah mu ya Allah. Mereka ibu bapa ku yang mendidik ku dnegan baik sehingga menjadi kan siapa aku hari ini .
“Cer cerita kat bawah apa tunjuk ajar yang mak ayah hangpa pesan atau ajaq yang bawak seribu makna dan merubah kehidupan you all. .
“Ingat, akaq (akar) kita itu adalah siapa kita. Itu tak akan merubah siapa kita dalam apa hal sekali pun. Kecuali melupakannya.
Dalam perkembangan lain, Nourul kini sedang menanti detik kelahiran cahaya mata keempat, Isabella Depp yang kini berusia 38 minggu kandungan.
Foto : instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malu Pada Anak-Anak Terkinja-Kinja…,”- Nana Mahazan Dikecam Netizen, Motif?
Terbaru, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, pengacara yang berasal dari Muar, Johor itu telah berkongsi tips keyakinan diri dan nasihat kepada pengikutnya di laman media sosial tersebut.
“Hahahaa.. ampunkan kakak menjawab soalan korang tadi kalau tak menjawab.”
“Tag kawan2 korang yg soalan ni ade kena mengena ngan diaorg.. org yg insecure, org yg kuat jeles ke, org yg bosan, or saje nak tag.. sukalah..”tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian Nana Mahazan atau nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan telah menerima kecaman daripada salah seorang pengguna media sosial.
Lalu, pengacara yang berusia 35 tahun itu membalas komen tersebut.
Tidak salah untuk menegur orang demi kebaikan tapi biarlah kena tempatnya dan berhemah. Tak gitu?
Video : Instagram Nana Mahazan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makan Dan Minum Guna Tiub,” – Kini Bergantung Kepada Lampin Pakai Buang & Susu, Ali XPDC Perlu Bantuan Kewangan
Isteri kepada vokalis kumpulan, XPDC, Ali, Sharifah Azwana Syed Joned amat mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan dan lampin pakai buang buat suaminya yang ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.
Memetik laporan Harian Metro, Sharifah Azwana memaklumkan inisiatif tersebut sebenarnya telah dimulakan oleh sahabat suaminya, Fuad yang memanjangkan perkara tersebut di Facebook.
Katanya lagi, Ali ketika ini sememangnya bergantung harap kepada lampin pakai buang dan susu buat masa ini.
“Dia (Fuad) ada tanya saya nak perlukan apa-apa tak. Saya kata buat masa ini lampin pakai buang dan susu. Cara dia cakap macam nak hantar, tapi dia tak dapat. Jadi dia bagi duit saja.
“Niat Fuad baik dan dia pun nak bantu. Sebab sekarang ini memang perlukan bantuan kewangan nak beli lampin pakai buang dan susu. Sekarang ini abang Ali gunakan sehari satu beg lampin. Semalam pun ada dapat sumbangan dari Melaka berupa lampin pakai buang. Dia cakap tengok di Facebook.
“Jadi, kalau ada yang bagi duit boleh beli susu dan lampin pakai buang. Selain itu dapat juga tampung kos perjalanan ulang alik dari rumah kami di Klang. Saya minta anak-anak belikan keperluan berkenaan. Sebab saya memang di hospital saja menjaga abang Ali,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Sharifah Azwana turut memaklumkan keadaan kesihatan Ali kini telah pun menunjukkan tanda-tanda positif dan kini sedang giat menjalani proses fisioterapi.
“Alhamdulillah, abang Ali semakin pulih dan bertambah baik. Dia sudah dimasukkan ke hospital di sini sejak Rabu lalu. Pada Khamis dan Jumaat pula sudah mula buat fisioterapi. Baru dua hari sudah nampak perubahan. Dia sudah boleh jalan beberapa tapak walaupun menggunakan tongkat.
“Cuma masih tak boleh bercakap dengan lancar lagi. Makan dan minum susu pun menggunakan tiub sebab tekak dia masih sakit nak telan.
“Berdasarkan apa yang diberitahu oleh doktor, insya-Allah abang Ali akan cepat sembuh. Semangat dia kuat. Doktor jangka akan berada di hospital selama tiga minggu. Tapi kalau semakin baik boleh keluar awal,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Ali telah dimasukkan ke Hospital Ampang dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami gangguan penafasan.
Insiden tersebut difahamkan berlaku ketika Ali seledai menjalani latihan di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.
Latihan tersebut sebenarnya sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang sepatutnya akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI