Betty Benafe menerusi portal Mstar mengesahkan dirinya telah bercerai talak satu dengan suami, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Ulas pelakon ini, perceraian berlaku secara baik dan anak-anak kini di bawah jagaannya.
“Sebenarnya saya suda bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru dan kami berpisah dengan cara baik.
“Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan dia (bekas suami) seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang,” katanya dipetik.
Pasangan ini diijabkabul pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Foto : Mstar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHGlobal [GAMBAR] Jenama Mewah Dolce & Gabbana Batalkan Fashion Show di Shanghai Sebab Isu Perkauman, Apa Dah Jadi Ni?
Pereka Itali jenama Dolce & Gabbana (D&G) berdepan dengan kritikan hebat di Shanghai, China berikutan kempen iklan terbarunya yang dikatakan ada hubung kait dengan isu perkauman.
Difahamkan, pereka fesyen itu sepatutnya melangsungkan ‘fashion show’ di Shanghai semalam. Bagaimanapun, ia terpaksa membatalkannya di saat akhir kerana berpunca dari masalah yang tercetus.
Kisahnya bermula awal minggu ini apabila D&G memuat naik tiga video di media sosial Instagram dan Weibo menunjukkan model Asia makan makanan Itali seperti pasta dan piza menggunakan chopstick.
View this post on InstagramA post shared by Dolce & Gabbana (@dolcegabbana) on
Menurut media tempatan, Jing Daily, video tersebut mempunyai banyak kesalahan dari segi ‘tona dan juga rasa’. Tambahnya lagi, video itu juga turut merosakkan budaya China yang sudah berabad-abad lamanya dengan menggambarkan wanita cina secara stereotaip dan juga perkauman.
Dalam pada itu, penggunaan ‘chopstick’ dalam kempen itu juga dilihat tidak wajar dan biadap kepada kaum Cina.
Lebih memburukkan keadaan apabila DM antara Diet Prada dan Stefano Gabbana turut tersebar di media sosial, menunjukkan bahawa pereka fesyen itu tidak mengaku kesalahannya dan tetap dengan pendiriannya.
Ternyata ia lebih menambahkan kemarahan masyarakat. Namun pihak label fesyen berkenaan menjelaskan bahawa akaun Instagram itu telah digodam dan mereka sudah pun mengeluarkan kenyataan maaf.
View this post on InstagramA post shared by Dolce & Gabbana (@dolcegabbana) on
Sebelum ini, D&G juga pernah berdepan dengan skandal sama pada tahun 2016 apabila salah satu koleksi kasut musim bunga/panasnya dikatakan sebagai ‘sandal hamba’.
Sumber: BBC & PinkVilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Allah Di Atas Ibu Mertua Terbaik Di Dunia. I love You Ibu,” – Fasha Sandha
Aktres, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis pertunangan adik iparnya, Ikmal Aziz.
Sedondon mengenakan persalinan rona hijau bersama suami, Aidil Aziz, Fasha tampak berseri-seri apatah lagi dalam debaran menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama suami tercinta dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Bagaimanapun, salah satu fotonya yang turut menarik perhatian ialah gambar yang dirakam bersama mentua, Rokkiah Md Noor.
Menerusi Instagram, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu menyifatkan wanita berkenaan sebagai ibu mentua yang terbaik di dunia dan turut menyayanginya sepenuh hati.
“Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia. I love you Ibu (ibu takde instagram mahupun FB ),” tulis Fasha pada ruangan komen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, Fasha menerima beratus reaksi yang ditinggalkan netizen dan rata-rata daripada mereka mendoakan kebahagiaan buat bintang berusia 35 tahun itu sekeluarga.
Sementara itu, turut dilihat hadir memeriahkan majlis sama ialah dua permata hati tercintanya dari hasil perkahwinan terdahulu, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Beberapa minggu lalu, Fasha ada berkongsi momen indah apabila mengumumkan dirinya bakal bersalin bayi perempuan.
Meski dia mengambil masa untuk bercerita mengenai berita gembira tersebut atas apa yang berlaku sebelum ini, namun Fasha akhirnya memilih untuk berkongsi mengenainya dengan harapan semoga ia dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Posting yang dimuat naik itu setakat ini sudah pun ditonton lebih setengah juta kali.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Covid-19 : “Setelah Diteliti, Dikaji Dan Mendengar Pandangan…,” – Tayangan Filem Escape Ditunda
Filem ESCAPE yang sepatutnya bakal ditayangkan di pawagam pada 26 Mac depan ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Perkara itu dimaklumkan pengarah filem berkenaan, Ikhwansha Hazer selepas pihak produksi Dreamland Productions Sdn Bhd dan DMY Creation mendapati situasi penularan virus Covid-19 yang sedang seluruh dunia memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.
“Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem ESCAPE ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem ESCAPE ini,” katanya.
Ikhwansha turut menjelaskan, berdasarkan laporan yang diterima daripada beberapa pihak pemamer tempatan, mendapati berlaku penurunan ketara hampir 50 peratus jumlah penonton ke pawagam tempatan sejak virus Covid-19 mulai tular awal tahun ini.
“Situasi ini sekali gus memberi kesan kepada sambutan terhadap filem tempatan dan antarabangsa.
“Pihak produksi berharap penularan virus Covid-19 yang sedang mengancam Malaysia ketika ini akan segera beransur pulih,” terangnya lagi.
Filem ESCAPE adalah filem ‘Cerebral Thriller’ yang menampilkan barisan pelakon popular tempatan.
Antaranya Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa, Dato’ Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI