“Betul juga apa yang netizen cakap, tak apa. Biarlah dulu.” Itu reaksi yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Shuib selepas diminta mengulas mengenai tawaran kurniaan untuk bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri yang diterimanya, bulan lalu.

Percaya kepada rezeki, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini juga memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut selepas mendapat reaksi pelbagai peminat.

“Kalau boleh, saya tidak mahu mempersebarkan mengenai isu tersebut. Saya ni orang biasa sahaja, kalau ada rezeki untuk diberikan pangkat itu, adalah.

“Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah,” katanya kepada MH.

Pengusaha jenama minuman, Bubble Bee ini juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas setiap maklum balas yang diberikan semua terhadap perkara berkenaan.

IKLAN

“Betul Juga Apa Netizen Cakap…,” – Sifatkan Diri ‘Orang Biasa-Biasa’, Shuib ‘Update’ Mengenai Tawaran Pangkat Datuk

“Setiap individu ada hak untuk berikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan hal tersebut dan terima kasih jugalah atas segala sokongan.

“Tetapi bagi saya, dalam hidup kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, apatah lagi lusa.

IKLAN

“Cuma jika itulah ketentuanNya, misal kata dalam tahun ini saya mendapat juga kurniaan Datuk, itu rezeki dari Allah SWT.

“Saya terima. Kalau tidak ada pun, tidak mengapalah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shuib pernah mendedahkan dirinya ada mendapat tawaran tersebut daripada sebuah negeri.

IKLAN

Dia bagaimanapun masih pertimbangkan tawaran berkenaan memandangkan dirinya masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerjaya.

Dalam perkembangan lain, Shuib baru sahaja melancarkan cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan, pada Ahad.

Menjadi outlet pertama di luar Lembah Klang, Shuib bersama rakan niaga di outlet terbabit, Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi turut optimis terhadap sambutan luar biasa yang diberikan penduduk setempat.

https://www.instagram.com/p/CDF9k-6HUH7/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI