Pelakon Reen Rahim menjelaskan mengenai kekeliruan berhubung soal tajaan berjumlah RM15 juta bersempena majlis perkahwinannya, sebagaimana yang pernah dikongsi sebelum ini.
Menurut Reen, dia tidak menerima tajaan tersebut dari bentuk wang ringgit sebaliknya, ia jumlah keseluruhan aksesori dan barangan kemas yang dipakainya selama tiga hari pada hari bahagia.
“Bila pihak media berkongsi tentang tajaan bernilai RM15 juta, semua orang ingat saya terima dalam bentuk wang. Sebenarnya tidak.
“Yang bernilai jutaaan ringgit itu adalah aksesori yang saya pakai ketika majlis berinai, akad nikah dan bersanding.
“Manakala, bagi perunding perkahwinan pula, memang saya sendiri yang menggunakan khidmat mereka. Yang itu bukan tajaan. Mereka merancang seperti apa yang saya inginkan,” jelasnya kepada MH.
Reen berkata sedemikian ketika ditemui sejuris majlis akad nikahnya bersama pilihan hati, Hazim Zainal di Boraombak, Marina Putrajaya pada Sabtu.
Katanya lagi, sekiranya dia dikurniakan wang sebanyak itu pun, dia tidak akan menghabiskannya semata-mata untuk majlis perkahwinan.
“Soal jodoh ini memang kita tak boleh nak jangka. Ia seperti magis. Tiada perkataan lain yang boleh saya gambarkan saat ini selain daripada bersyukur.
“Kami berkenalan dua tahun yang lalu. Sepanjang perkenalan tersebut, pergaulan kami tidak terlalu rapat tetapi kami sangat serasi bersama.
Ads
“Kami tak pernah dating bersama sehinggalah dia melamar saya sebulan sebelum bertunang,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Hazim pula memaklumkan dirinya juga sudah bersedia untuk turut sama terpalit dengan dunia glamor isterinya itu.
Meskipun terkenal dengan sifatnya yang sentiasa ceria, Hazim memaklumkan dirinya mempunyai sudut pandang yang berbeza mengenai Reen.
“Saya mengenali dia bukan sebagai Reen Rahim tetapi sebagai Noreen Ashikin Abdul Rahim. Dia memang istimewa bagi saya. Hanya dia yang berjaya membuka hati saya.
“Saya pun lama juga solo. Akhirnya ada juga yang berjaya menembusi hati saya. Jodoh itu rahsia Allah. Soal umur pula, bukan satu penghalang buat saya,” katanya lagi.
Ads
Pasangan ini dikatakan mula berkenalan sewaktu di set penggambaran filem, Daddyku Gangster. Dalam filem tersebut, Hazim bertindak sebagai salah seorang pelakon lagak ngeri.
Bagaimanapun, pasangan pengantin baru ini terpaksa menunda dahulu percutian bulan madu mereka memandangkan jadual kerja Reen yang agak padat.
Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas. Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh oleh pengantin perempuan.
Pelakon Datin Intan Najuwa menegaskan kepada semua pihak untuk bertanggungjawab dan menjaga haiwan peliharaan mereka dengan sebaiknya.
Menurut Intan, sekiranya seseorang itu sudah tidak mampu lagi menggalas komitmen berkenaan, mereka seharusnya menyerahkan haiwan peliharaan tersebut kepada pihak bertanggungjawab dan bukan melampiaskan kemarahan dengan mendera.
“Tolonglah, kepada sesiapa yang bela kucing, anjing atau apa-apa binatang sekali pun, jangan la dera. Kalau tak nak, cari orang lain yang boleh jaga. Sedih la begini.
“Binatang ni semua tak ada buat salah apa pun. Jagalah diaorang baik-baik. Tolong jaga mereka dengan kasih sayang. Awak sayang mereka, mereka sayang awak 10 kali ganda,” tulisnya.
Peringatan itu dikongsikan oleh Intan di Instagram selepas tular berita mengenai seekor anjing husky yang telah diselamatkan oleh orang awam selepas didakwa telah dianaiya oleh tuanya.
Pada masa sama, pelakon drama Racun Rihanna akui terkesan dengan berita tersebut lebih-lebih lagi bila mengenangkan kucing dan kuda peliharaannya.
“Saya ada kucing dekat rumah dan ada kuda. Sayang sangat. Punya la jaga macam anak.
“Nak jentik pun tak sampai hati. Apatah lagi sakitkan dan dera mereka. Baru baca berita ini.
“Terima kasih kepada mereka yang membantu haiwan comel ini. Semoga tuhan merahmati kamu semua dan lindungilah anjing husky ini walau apa cara sekali pun,” ujarnya lagi.
Memetik laporan Mstar, anjing husky berkenaan dikatakan telah didera oleh seorang lelaki, dipercayai tuannya.
Rakaman kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Kajang, Selangor itu menjadi tular selepas dikongsi oleh seorang wanita menerusi laman Instagram Shimaaris.
Dalam perkembangan terbaharu, Shima yang sering menyelamatkan kucing dan anjing terbiar memaklumkan pihaknya berjaya menyelamatkan haiwan yang didera itu.
“Alhamdulillah, kami berjaya mendapat anjing malang itu yang saya namakan Kitster. Anjing selamat dengan saya, ada di vet.
“Buat masa sekarang, biar Kitster berehat dan sedar dia berada dalam jagaan yang baik. Sebelum ini dia sangat trauma dan emosinya terganggu, biarkan dia pulih dengan kasih sayang,” katanya seperti yang dipetik.
Shima mendakwa anjing tersebut diserahkan kepadanya secara baik, namun dikatakan terdapat seekor lagi anjing baka Pomeranian yang masih berada di rumah lelaki berkenaan.
“Dia akan serahkan (anjing) kepada saya secara baik apabila tiba masanya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa & Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak bermulanya fasa pandemik Covid-19 setahun lalu, kebanyakan aktiviti termasuk program berkaitan industri seni terpaksa dibatalkan bagi memberi laluan buat pihak kerajaan dan para petugas hadapan untuk memutuskan rantaian pandemik.
Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa ketika ini dan bagi mengubati kerinduan serta menghargai jasa para pendengar yang tidak henti-henti memberikan sokongan, Suria FM berbesar hati menganjurkan Konsert Digital Jelajah Suria pada 24 Mac ini.
Jika sebelum ini konsert jelajah berkenaan berlangsung di lokasi terpilih, namun kali ini kehangatannya masih lagi sama cuma ia dilangsungkan dalam format digital.
Suria FM bakal ‘menjelajah’ skrin digital anda dengan membawakan barisan artis ternama tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Datuk Awie, Haqiem Rusli, Lah Ahmad, Masdo, Floor 88, Iman Troye, Farisha Iris, Bob Sentuhan dan ramai lagi!
Konsert Digital Jelajah Suria boleh ditonton menerusi semua platform Suria Malaysia seperti di Facebook dan juga Youtube Suria TV bermula jam 9.00 malam.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton di kaca skrin digital, anda masih boleh merasai semarak konsert menerusi saluran radio Suria FM di ke semua frekuensi seluruh negara atau dengarkan menerusi aplikasi Suria Malaysia yang boleh dimuat turun di Google Playstore and App Store.
Bukan hanya sekadar konsert semata-mata, pendengar turut berpeluang berinteraksi bersama para penyampai Suria FM seperti Ajak, Issey, Fizi Ali, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin ketika konsert bersiaran secara langsung.
Antaranya bermula pada 22 Mac ini, Suria FM melancarkan peraduan Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 hingga 9 April ini.
Kempen ini akan memberi peluang kepada pendengar bertuah untuk memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi penyampai Suria.
Pendengar yang ingin menyertai peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana …… “(tidak lebih daripada 15 patah perkataan)” di laman web suria.my.
Pendengar terpilih akan dihubungi seterusnya perlu memberikan kata laluan yang dimuatnaik di aplikasi Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan dikeudarakan.
Sekiranya pendengar terpilih gagal menjawab kata laluan yang betul atau tidak menjawab panggilan, wang tunai secara automatik akan digandakan pada segmen berikutnya.
Peraduan ini akan dijalankan di semua 5 segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta. Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://jelajah.suria.my/ atau ikuti media sosial Suria Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit terkenal, Datuk A Aida tidak kisah sekiranya suatu hari nanti anak keduanya, Wan Azevanatassha atau Natassha, 21, terbabit dalam dunia hiburan tempatan dan menjadi penyanyi kerana dia berbakat di dalam bidang berkenaan.
Perkara itu dikongsikan A Aida, 52, susulan beberapa video yang dimuat naik anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi Ameng Spring, itu tular di aplikasi TikTok.
“Saya tak kisah dia menjadi penyanyi. Saya okay saja. Macam saya kata, dia ada suara, rupa dan pandai main gitar, kenapa tidak. Saya selalu cakap pada dia, mainlah gitar dan letak di YouTube. Manalah tahu boleh meletup.
“Saya selalu bebel pada dia. Sudah ada semua dan buatlah album. Tapi dia tak nak, sebab katanya itu lebih pada kepuasan diri sendiri. Perhatiannya bukan nak menjadi artis, dia tak nak.
“Bagi saya, sayang anugerah Allah. Tak semua orang dikurniakan kelebihan dan bakat itu. Sayang tak digunakan,” katanya.
A Aida yang juga penerbit A Aida Production turut menambah, kedua-dua anak perempuannya pandai dan berbakat dalam bidang nyanyian.
“Kakak dia pun, Wan Az Aleesa, 26, pun boleh menyanyi. Kedua-dua anak Ameng ni boleh nyanyi. Tapi itu lah, mungkin mereka mahu beri perhatian pada bidang lain iaitu pelajaran.
“Alhamdulillah, Aleesa sekarang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Natassha pula program Akauntan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Macam Natassha, dia seorang anak yang ada dunia tersendiri. Biasa dalam bilik saja. Sedangkan bagi saya dia pandai main gitar, menyanyi, suara ‘best’.
“Dari dulu lagi saya dengan beberapa kawan dalam bidang muzik ‘bodek’ dia suruh jadi penyanyi dan berlakon dalam video muzik. Tapi dia akan cari alasan tak nak.
“Sekarang dia cuti semester dan banyak habiskan masa dengan komposer Sharon Paul di studio. Saya pun suruh komposer, Sharon pujuk dia mana tahu nak menjadi penyanyi,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjelaskan dia lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa setiap kali membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Menurut Siti, segala...