
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ada memuat naik sekeping foto sambil bertanyakan satu soalan kepada peminatnya.
Soal bintang Jejak Karmila ini, sama ada lelaki yang menyimpam kumis lebih menarik perhatian golongan Hawa.
“Betul ke lelaki yang bermisai ni lagi attractive? I’m wearing this beautiful top from @temujanji,” tulisnya.
Dalam pada itu, kekasih kepada Ruhanies yang dikenali sebagai Mr.E Johan turut memberikan respon di ruangan komen entri berkenaan.
“ye ke ni nasib baik I takde misai,” tulisnya.
Selain itu, perkongsian bintang berusia 28 tahun itu mendapat pelbagai reaksi yang menghiburkan daripada peminat.
Sekadar informasi, Ruhainies telah dilahirkan pada 27 Julai 1992 di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan adik kepada pelakon Nur Risteena.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akhirnya…Meski Dah Berusia 34 Tahun,” – Sajat Tamat Belajar, Terbang Ke Lubnan Semalam Hadiri Majlis Konvo

Usahawan sensasi, Nur Sajat gembira menjelang hari konvokesyennya, 1 Julai depan.
Katanya kepada MH, dia gembira apabila cita-citanya untuk menggenggam segulung diploma akhirnya menjadi kenyataan.
Terdahulu, penyanyi Bobo di Mana ini mengambil kursus pendek dalam bidang dandanan rambut di sebuah kolej secara persendirian di Beirut, sebagai salah satu usahanya untuk memantapkan perniagaan salon rambut yang dijalankan.
“Alhamdulillah saya akan konvo di Beirut, saya ambil kursus pendek selama sebulan lebih. Saya akan konvo 1 Julai ini. Saya rasa sangat gembira kerana akhirnya dapat segulung diploma meski dah berusia 34 tahun.
“Saya dapat diploma dalam dandanan rambut tau. Jadi siapa nak buat rambut tu jangan risau jangan takut. Saya ada kepakaran, buat saja dengan kita,” seloroh Sajat.
Ditanya mengenai apakah yang menarik minatnya untuk meneruskan pengajian di negara orang dalam tempoh yang agak lama, Sajat ada jawapannya sendiri.
“Kita dalam bisnes, pemilik syarikat itu sendiri kenalah belajar. Tidak boleh harapkan pekerja semata-mata. Kalaulah dibuatnya pekerja lari ke apa, nanti ketua pula yang terkapai-kapai.
“Pada masa sama, saya sendiri memang ada niat untuk belajar dengan lebih serius kerana saya sendiri seorang yang gemarkan kecantikan, termasuklah pada rambut. Malah, ia suatu pengetahuan yang baik juga.
“Bukan saja dari segi stailing, tetapi juga dalam aspek penjagaan rambut,” katanya yang turut memberitahu, dia mahu berehat dari melancarkan sebarang lagu baru bagi memberi fokus terhadap perniagaan.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raja Syahiran, Uyaina Arshad Sambut ‘Baby Boy’; “Pembedahan Berlangsung Selamat.”

Pasangan selebriti, Raja Syahiran dan Uyaina Arshad selamat menimang cahaya mata sulung pada petang Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan serentak oleh Syahiran, 29, dan Uyaina, 30, menerusi laman Instagram masing-masing dengan memuat naik gambar tangan putera sulung mereka.
“Assalamualaikum anakanda ku.. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah.
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia serta seorang pemimpin yang hebat.
“Baba dan Mama cinta dan sayangkan awak sangat. Minta doa yang baik-baik daripada kalian semua untuk anak sulung kami dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” tulis Syahiran dan Uyaina.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis acara di Kuala Lumpur.
Syahiran dan Uyaina turut mengadakan majlis ‘baby shower’ pada 12 Ogos lalu di Janda Baik, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aufahanie ‘Hidupkan Semula’ Saat Hilang Cintamu – “Satu Penghormatan Untuk Saya.”

Bagai menyambung sebuah perjalanan, itu juga yang dilalui oleh Aufahanie apabila secara rasminya melancarkan lagu Saat Hilang Cintamu pada 17 November lalu.
Lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah itu bukan sahaja dinyanyikan semula tetapi turut mendapat susunan muzik baharu oleh Ajai yang juga pencipta lagu berkenaan.
Peluang yang diberikan pastinya menjadi kesempatan terbaik buat Aufahanie, 20, lebih-lebih lagi lagu tersebut juga menjadi antara lagu kegemarannya sejak dahulu.
“Memang ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila dapat kembali ke studio dan merakamkan semula lagu berkenaan. Menariknya, susunan muzik kali ini lebih ‘segar dan besar’ membuatkan lagu ini ada keistimewaan tersendiri.
“Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu penghormatan kepada orang baru seperti saya untuk bekerjasama dengan komposer hebat dan ternama.
“Setidaknya saya berpeluang ingin menunjukkan sesuatu kepada pendengar menerusi Saat Hilang Cintamu,” katanya.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar berkata demikian pada Sidang Media Saat Hilang Cintamu Di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, idea merakamkan semula lagu ini tercetus apabila syarikat rakaman Indigital Music mahukan Aufahanie menyanyikan semula lagu ini, bersempena ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
Lalu untuk memberikan kelainan, pihak pengurusan ada meminta khidmat Ajai selaku empunya lagu berkenaan untuk mengiringi nyanyian Aufahanie dan video berkenaan mendapat sambutan luar biasa pendengar yang mahukan versi studio diterbitkan.
“Memang banyak cabaran yang perlu dilalui semasa proses rakaman berlangsung meskipun lagu ini sudah ada. Apabila berada di dalam studio, ada perkara baharu yang perlu dipelajari dan itu merupakan proses yang harus dilalui,” kata finalis Big Stage 5 ini lagi.
Malah Ajai turut bercadang untuk menerbitkan single baharu sebelum menghasilkan album penuh untuk Aufahanie sebaik sahaja tamat program berkenaan.
Sebagai langkah pertama, Saat Hilangnya Cintamu dikeluarkan dahulu sementara menantikan lagu baharunya.
Jelas Ajai, dia melihat kesungguhan dan kelebihan yang ada dalam diri gadis berkenaan serta percaya dia mampu menjadi seorang penyanyi yang baik pada masa hadapan.
“Untuk menjadi seorang penyanyi yang baik, mereka perlu mempunyai ilmu dalam beberapa aspek untuk menghidupkan lagu.
“Saya melihat Aufahanie ada ciri-ciri yang diperlukan dan tidak mustahil untuk dia menjadi lebih ‘besar’ pada masa hadapan.
“Aufahanie bukan sahaja tahu tentang teknikal untuk menyanyi tetapi juga dia berjaya menghidupkan semula Saat Hilang Cintamu dengan versi sendiri tanpa mengikut cara Allahyarham Siti Sarah menyanyi.
“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua mampu menjadi penyanyi yang baik. Saya yakin sekiranya dia berada di landasan yang betul, dia akan menjadi penyanyi yang evergreen pada masa hadapan,” kata Ajai.
Untuk rekod, Saat Hilang Cintamu merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album Mimpi Pun Sama yang dikeluarkan Siti Sarah pada 2003. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis oleh Musrad.
Untuk versi Aufahanie pula, Indigital Music bekerjasama dengan Wake The Baby Records sebagai penerbit bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI