Bagi anda yang pernah menonton drama bersiri Sweet Dreams sudah pasti sinonim dengan dua pendukung utamanya, Ben Amir dan Mira Filzah.
Menariknya baru-baru ini, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin ada berkongsi foto dirinya dengan stail rambut pendek di Instagram.
“New hair, who dis?,” tulisnya.
Dalam pada itu, rakan pelakon Mira Filzah turut memberi reaksi terhadap perkongsian Ben tersebut.
“Aaahhhh for real?!,” respon Mira.
Lalu, pelakon berusia 29 tahun itu menjelaskan dia sebenarnya hanya mengenakan rambut palsu dalam foto berkenaan.
“@mfmirafilzah Wig lah,” balas Ben.
Selain itu, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut apabila melihat pelakon tampan itu berambut pendek.
Tak kisahlah berambut panjang atau pendek, Ben tetap kelihatan kacak. Betul tak?
Foto: Instagram Ben Amir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apabila Tok Ti Cuba Nyanyi Lagu Wann, Ramai Yang Suka!
Menerusi laman media Twitter, seorang individu ada berkongsi satu rakaman video yang merakamkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti mendendangkan lagu.
Menariknya, rakaman video tersebut menyaksikan penyanyi lagu Anta Permana itu menyanyikan lagu Lamunan Hati nyanyian asal Wann.
Malah, individu tersebut memuji nyanyian lunak Tok Ti.
“Aku suka lahhh bile tok ti @CTNurhaliza11 bawak lagu #wan #gegarvaganza2019,” tulisnya.
Aku suka lahhh bile tok ti @CTNurhaliza11 bawak lagu #wan #gegarvaganza2019 pic.twitter.com/8AQkjcFJee
— ♚areSh4f♚ (@sh4fi9) November 22, 2019
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi pelbagai reaksi apabila menonton rakaman video tersebut.
Sekadar informasi, Wann antara salah seorang peserta yang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6).
Pentas separuh akhir bakal berlangsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD, Ahad depan.
All the best buat peserta yang masih dalam saingan!
Video: Twitter Sh4fi9
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Mamat Ni Boleh Berjalan Tapi Tersepak Sana-Sini?,” – Pernah Dituduh ‘Lalok’, Ini Sebab Dinie Rashid Perlu Jelaskan Hal Sebenar
Penyanyi Dinie Rashid menyifatkan pengakuannya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai satu cara untuk memberikan lebih pemahaman kepada peminat.
Ini kerana menurut Dinie, 29, dia yang juga OKU penglihatan yang mengalami ‘molecular dystrophy’ hingga mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai kekurangan.
Sebaliknya, dia cuba sampaikan informasi dan pada masa sama mahu mengajar orang di luar sana lebih faham dan jelas mengenai kelainan upayanya yang dialami.
“Tidak dinafikan mungkin ada yang alami situasi macam saya ni akan rasa segan. Awalnya saya pun begitu. Tapi sebagai penyanyi, saya rasa ada tanggungjawab untuk berikan pemahaman kepada orang luar.
“Saya percaya ada yang ingat OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada individu yang ‘totally blind’ semata. Jadi sebab itulah saya akan terangkan sekiranya berkesempatan,” katanya.
Bekas peserta Big Stage 2020 ini juga berkata, dia perlu tampil berikan penjelasan kerana pernah dikatakan menipu.
“Sebelum ini saya pernah dicop menipu (buta). Kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Jadi penjelasan itu bukan nak merendah-rendahkan keupayaan diri, tetapi untuk maklum kepada yang belum kenal mengenai keadaan diri saya.
“Malah sebelum ini saya pernah sertai program televisyen dan ada isi masa bermain futsal sebab ada juga futsal yang disertai individu yang cacat penglihatan.
“Ada yang kritik ‘kata tak nampak tapi main futsal’, ada juga yang komen ‘mana boleh orang tak yang tak nampak pegang telefon bimbit’,” katanya lagi.
Ditanya selama mana dia akan terus kongsikan hal tersebut kepad umum, Dinie menambah dia tidak mahu menipu peminat.
“Saya akui masih ramai yang belum kenal dengan saya. Jadi ini peranan sendirilah untuk beritahu hal sebenar. Jika tiba-tiba nama sudah dikenali dan andai kata ketika nak naik pentas saya tersadung misalnya, mesti akan disalah anggap pula.
“Sebelum ini pun saya pernah dikatakan ‘lalok’,” katanya yang tidak mahu dianggap sengaja meraih simpati susulan keadaan diri.
Dinie ditemui media pada majlis Indigital Music Night di Putrajaya pada Jumaat.
“Saya tahu akan ada yang anggap saya cuma minta simpati dengan apa yang dialami. Tapi sebab itulah saya kata, ia tanggungjawab saya untuk dedahkan mengenai hal ini supaya mereka di luar sana lebih faham.
“Dalam erti kata lain saya nak orang tahu bahawa meski saya begini, saya okay. Meski saya pernah rasa depresi pada peringkat awal kerana saya bukan dilahirkan begini.
“Pada umur sembilan tahun nikmat penglihatan saya ditarik. Semenjak itulah, macam-macam sudah saya lalui. Rasa tertekan dan sebagainya. Tapi saya reda dengan ketentuan. Kini saya lebih relak dan anggap ia tidak ada apa-apa pun, katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak Bila Pula Bakat Artis Dinilai Ikut Followers IG?,” – Amyza Aznan
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa kecewa apabila ada pelakon senior kini dipandang sebelah mata.
Malah, ia turut terkait dengan isu bayaran dan kurang mendapat tawaran daripada mana-mana pihak produksi.
Amyza ditemui di PWTC pada Rabu berkata, industri hiburan tempatan kini lazimnya menilai bakat menerusi bilangan pengikut (followers) di Instagram.
Ia sekali gus menjadikan pelakon senior kurang mendapat perhatian.
“Ini adalah realiti di zaman teknologi yang serba canggih seperti adanya media sosial.
“Sejak bila pula bakat seseorang artis itu dinilai mengikut followers? Saya sangat sedih apabila isu ini timbul.
“Kalau dahulu, pelakon-pelakon dikenali menerusi bakat mereka, sekali gus naskhah yang mereka lakonkan meletop juga,” kata Amyza kepada MH.
Dalam pada itu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019 ini juga mahu setiap bakat anak seni itu dipandang sama rata.
“Kalau melibatkan drama, lebihkan kepada bakat seseorang anak seni itu, bukannya followers di IG.
“Apabila bercakap mengenai kerja pula, tolong beri tumpuan sepenuhnya dan kategorikan antara bakat dan followers.
“Artis pertengahan umur (middle age) seperti saya ini atau yang seangkatan kini kurang diterima lagi kerana faktor usia,” ujarnya.
Terdahulu, pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan agar tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek untuk kelihatan tua bagi memegang watak veteran dalam drama atau telefilem mulai tahun depan.
Peraturan itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran dan sekali gus, ia memberi reaksi yang pelbagai.
Foto: Instagram Amyza Aznan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI