Penampilan pelakon Mimi Ernida mencuri tumpuan ramai apabila imej serta video dirinya yang menyerupai aktres popular Bollywood, Alia Bhatt yang mendukung watak sebagai Ganga Jagjivandas Kathiawadi menerusi filem biografi Gangubai Kathiawadi tular di media sosial.
Mengenakan beberapa persalinan serta melakonkan balik babak ikonik filem berkenaan, nama bintang berusia 32 tahun ini pantas menjadi buah mulut rakan artis dan peminat.
“Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap sama muka macam Alia Bhatt,” tulis Mimi di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen entri berkenaan, rata-ratanya berpendapat bahawa dia benar-benar saling tak tumpah seperti Alia Bhatt. Malah, rakan artis turut sama memuji.
“Meri jaan,” tulis Syafie Naswip.
“Sama!” komen Tiz Zaqyah.
“Samanya, love!” tulis Raja Ilya.
“Sebijik!” puji Elisya Sandha
“Love,” komen ringkas ditiggalkan Sheila Rusly.
Dalam pada itu, beberapa video sama juga turut tular di platform TikTok dan ada di antaranya yang menerima ratusan ribu tontonan.
@mimiernid4 Reply to @itssyahhh yang ni sama ? Ingat scenes yang mana ? #fypシ #mimiernida #andreabeautyhq #gangubaikathiawadi #aliabhatt #aliabhattmalaysia ♬ original sound – Mehreen Syed
@mimiernid4 Reply to @querztyna_chris kak mimi belanja BTS ja na 🤗 #mimiernida #gangubaikathiawadi #fypage #fyp ♬ Gangubai Dialogue Trance (Original Mixed) – DJ Hashim Official
Filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi yang mencetuskan fenomena dunia itu kini boleh disaksikan menerusi Netflix, dilancarkan Februari lalu.
Selain Alia, filem berbajet besar arahan Sanjay Leela Bhansali itu turut menampilkan Ajay Devgn, Varun Kapoor, Shantanu Maheshwari dan ramai lagi.
Sekadar info, Mimi Ernida atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2010.
Antara filem lakonannya sebelum ini termasuk Polis Evo, Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat diikuti pelbagai drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.