Pelakon Chacha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang pelakon berusia 23 tahun itu telah berkongsi gambar swa-foto bersama ibunya.
“Mama #ccm #livelifetothefullest,” tulisnya ringkas.
Kongsi adik kepada pelakon Emma Maembong itu mendapat perhatian daripada peminat.
Menjengah di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memuji wajah ibu Chacha yang kelihatan cantik dan jelita.
Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, malah ibu Chacha kelihatan sangat bergaya dan ‘stylo’. Betul tak?
Foto : Instagram Chacha Maembong