Pelakon Azrel Ismail tidak menafikan dirinya kini  berkawan rapat dengan pelakon baru, Sharifah Husna dan dia mula rapat dengan Husna ketika sama-sama terlibat dalam drama Puteri Yang Ditukar.

Malah, bintang berusia 36 tahun itu mengakui selesa berkawan dengan pelakon cantik berusia 27 tahun itu.

“Dalam drama itu, saya menjadi boss dan Husna pula sebagai setiausaha. Jadi, kami banyak juga babak bersama di pejabat.

“Saya selesa dengan Husna kerana dia tak sombong dan suka timba ilmu. Kami banyak berkongsi pandangan mengenai watak dilakonkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi Harian Metro.

Malah, dia turut mengakui pernah beberapa kali keluar bersama.

IKLAN

Mengulas soal ‘friend zone’, pula, Azrel menambah dia tidak berasakan hubungan rapatnya dengan Husna sebagai syok sendiri.

“Kami tahu sejauh mana hubungan rapat dijalin. Kami kini bersahabat baik dan belum ke tahap bercinta.

IKLAN

“Kalau kena ‘friend zone’ pun saya tak kisah, sebab hubungan kami bermula sebagai sahabat. Cinta tak boleh dipaksa,” katanya lagi yang turut menyerahkan soal jodoh pada Yang Maha Esa.

Ketika ini, fokusnya adalah karier.

IKLAN

“Saya pun ada keluarga yang perlu ditanggung di kampung selain diri sendiri. Saya juga baru empat tahun membina kerjaya lakonan.

“Jadi, saya kena tumpu pada karier dan giat kumpul aset selagi mampu. Apatah lagi, buat masa ini kena rehat kerja seketika sebab penularan Covid-19,” katanya.

Pada masa sama, Azrel menjelaskan selagi keadaan tidak pulih, dia akan terus duduk di rumah seperti disaran kerajaan yang kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI