Ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Hamzah, Fauziah Sarman akhirnya membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya bersama bekas suaminya yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk ND Lala.
Menurut Fauziah, sepanjang lebih tiga dekad melayari bahtera perkahwinan, dia telah berusaha sehabis baik untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik.
“Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun. Saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu buat empat orang anak Saya.
“Tidak pernah langsung saya terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.
“Apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini dilakukan dengan cara yang bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami yang bukanlah muda malah kami sudah punya dua orang cucu.
Dalam pada itu, Fauziah akui terkilan apabila anak gadis yang sudah dianggap sebagai anak sendiri menjadi orang ketiga yang mengganggu keharmonian rumah tangganya.
“Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya, malah, lebih tepat menjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.
Ads
“Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri.
“Makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil atau besar yang kami adakan dimana-mana dia pasti ada,” ujarnya lagi.
Malah, Fauziah turut mendedahkan wanita berkenaan juga dikatakan telah bercakap bohong ketika mereka bersemuka untuk membicarakan mengenai hal ini.
“Saya masih ingat, pada 2019, anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.
Ads
“Beberapa hari selepas dapat tahu, saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak-anak saya dan bertanya sendiri.
“Jawapannya, dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, ibu kepada empat cahya mata ini akui reda dengan setiap ujian dan percaya segala yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati dan mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya. Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi airmata.
Ads
“Tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri. Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita yang pernah menjadi isteri. Rasa jiwa seorang ibu ingin saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua,” akhirinya.
Pada April lalu, Fauziah pernah mendedahkan wajah seorang wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani di Instagram dan mendakwa itu adalah ‘madunya’ sekali gus memaklumkan isteri kedua ND Lala.
Ia berikutan, timbul spekulasi sebelum itu mengatakan ND Lala kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada Fauziah dan juga bekas rakan sekolah anaknya, Shila Amzah.
Ketika majlis pernikahan Shila dan suaminya, Ubai Mz pada 5 Ogos lalu, ND Lala hadir sebagai wali untuk menikahkan Shila dan selepas itu dia bergegas pulang meninggalkan majlis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rasanya baru sahaja kami kongsikan tentang #MHSpeku Janna Nick tidak puas hati dengan siapa?
Tapi semalam, kami tersedar Janna ada kongsi beberapa luahan di Insta storiesnya dengan ucapan yang agak panjang.
Apa yang MH faham sepatutnya kes ini sudah selesai namun masih ada pihak yang menimbulkan semula isu ini hingga menyebabkan Janna terpaksa bersuara sekali lagi.
Melalui kata-kata itu, Janna menyangka masalah ini telah di selesaikan sehinggalah baru-baru ini Janna tersedar pembantu peribadi ‘artis’ tersebut telah bangkitkan semula sambil bercakap benda yang tidak benar.
Janna menegaskan, untuk jangan mengeruhkan lagi keadaan dan lebih baik berdiam diri sekiranya tidak berada di tempat kejadian.
Haish macam-macam, patutlah sebelum ini Janna ada tweet untuk minta tenangkan diri.
Kami syak mungkin Janna mempunyai masalah dengan rakan seperjuangannya. Tetapi untuk beritahu siapa kami tidak mahu keruhkan mana-mana keadaan.
Apapun MH harap Janna dapat selesaikan isu ini dengan sebaik yang mungkin. Manakala pihak lagi satu, sekirannya anda bersalah jangan terlalu ego untuk meminta maaf.
Industri ini kecil, pusing-pusing pasti akan berjumpa juga kan? Apapun MH suka gaya Janna yang sekarang, memang terbaik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda Indonesia, Satria Dewa: Gatotkaca bakal memasuki pawagam tempatan Julai ini selepas tayangan perdana di negara republik itu Khamis lalu.
Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, Mohd Shahir Sulaiman berkata, filem yang diangkat daripada siri kisah Gatotkaca ini merupakan karya segar dan berbeza terutama dari segi jalan cerita serta lakon layarnya.
“Filem ini menerima sambutan luar biasa di Indonesia dan saya yakin, peminat filem tempatan terutama mereka yang gemarkan filem adiwira serta aksi pasti tidak sabar menonton Satria Dewa Gatotkaca.
“Malah barisan pelakon yang ada antaranya Rizky Nazar dan pelakon Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian menjadikan naskhah Satria Dewa: Gatotkaca ditunggu-tunggu oleh semua.
“Kita rumpun yang sama. Berkongsi akar budaya, adat dan warisan. Kerana itu, cita rasa juga tidak jauh beza,” katanya.
Satria Dewa: Gatotkaca yang diterbitkan Satria Dewa Studio berkisarkan Yuda lakonan Rizky mencari pembunuh bersiri yang telah mengambil nyawa ibunya sendiri, Arimbi (lakonan Sigi Wimala) dengan bantuan rakan-rakannya.
Dalam pencarian tersebut, Yuda mula sedar dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan menggunakan kelebihan itu untuk melindungi orang-orang yang tersayang serta mencari dalang pembunuhan bersiri itu.
Tidak hanya di Malaysia, Satria Dewa Gatotkaca juga bakal ditayangkan di Amerika Utara apabila Well Go USA bertanggungjawab mengedarkan filem tersebut di situ.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Doris Pfardrescher meluahkan rasa teruja dan gembira dengan kerjasama yang dijalinkan bagi memasarkan filem adiwira itu.
Sementara itu, Naib Presiden (Operasi) Satria Dewa Studio, Mochtar Sarman juga menyambut baik usaha dua syarikat pengedaran tersebut untuk menayangkan Satria Dewa: Gatotkaca.
“Mendapatkan apresiasi dari negara-negara luar sungguh luar biasa. Semoga melalui filem ini, adiwira Indonesia juga boleh ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Lan Solo, Sheila Razlan berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapa mertuanya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.
Menurut Sheila, dia dan suami sebenarnya telah pun pulang ke kampung untuk berada disamping ayahnya yang difahamkan telah terlebih dahulu dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak sejak tiga hari yang lalu.
“Finally..selesai sudah urusan dunia ayah mertua saya. Kami memilih mendahulukan urusan keluarga. Alfatihah buat MOHAMED YUSOF BIN ISA.
“Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.00 pagi tadi di Hospital Taiping,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang cahaya mata itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sheila turut menyeru kepada semu pihak untuk sama-sama menitipkan doa semoga segala urusan pengkebumian jenazah bapa mertuanya itu akan dipermudahkan.
“Sudilah kiranya kalian sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Untuk semua kaum keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami keadaan ketika ini, TERIMA KASIH banyak-banyak. Hanya kalian lah pembangkit semangat buat kami ketika masa-masa begini.
“Sepanjang hari ini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengkebumian jenazah. InsyaAllah,mohon semuanya diberi kelancaran,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah. Semoga Almarhum diampuni dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah buat kalian sekeluarga. Semoga tenang dan tabah. Didoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin ya mujib.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga dipermudahkan segala urusan Lan sekeluarga,” antara reaksi-reaksi netizen dan rakan artis di ruangan komen.
Sebelum ini, ibu kepada Lan dikhabarkan turut telah dimasukan ke hospital disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan.
Malah, Lan turut memaklumkan anak bongsunya itu juga telah dibawa berjumpa dengan pihak doktor selepas dia difahamkan mengalami demam panas sejak dua hari yang lalu.
Sumber: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!