Penyanyi Ashira dan Bad yang juga ahli kumpulan Indigo mengesahkan bahawa rumah tangga mereka sudah berakhir.
Ashira dan Bad menerusi laman Instagram pada Khamis menjelaskan, keputusan tersebut dibuat atas persetujuan mereka berdua.
“Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami sudah sah berpisah tapi tetap berkawan. Sebab kita memang nak berkawan sampai bila-bila,Insya-Allah,” jelas Bad.
Sementara itu, Ashira mengakui, dia memaklumkan perkara itu kerana tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi tidak betul mengenai rumah tangga mereka.
“Cuma kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap video ini jelaslah. Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.
“Saya juga nak minta maaf kepada rakan wartawan untuk nak hubungi tanya apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia (Bad), keluarga dan Allah saja tahu kenapa,” kata Ashira.
Dalam pada itu, Bad turut menambah, dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengunci mulut mengenai punca perpisahan.
View this post on Instagram
“Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita… yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni itu adalah satu aib. Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah dosa.
“Jadi hanya Allah yang tahu. Semoga tiada ada lagi pertanyaan mana Ashira mana Bad. Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami,” ujarnya yang turut berterima kasih atas doa baik-baik yang dititipkan buat mereka.
Untuk rekod, bekas peserta Gegar Vaganzan musim ketujuh (GV7), Bad, 46, dan Ashira, 36, melangsungkan pernikahan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 11 Mac 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=mrZ4yobZESo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI