Satu status di Twitter rasmi milik Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendapat perhatian netizen apabila ahli politik itu dilihat ada memberi titipan kata bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKLAN

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR memberikan dedikasi ucapan istimewa itu atas kesetiaan hubungan bersama suami tercinta.

“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.

IKLAN

“Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40,” tulisnya awal hari ini.

Sehingga kini, status yang dimuat naik sudah pun menerima lebih 8,000 tanda suka bersama-sama ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Sementara itu menerusi entri terkininya di platform sama, keduanya yang juga merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pakatan Harapan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama rombongan Ahli Parlimen PKR yang lain dalam sesi kedua di Istana Negara hari ini.

Foto: Carian Google