Aduhai… nampaknya kisah usik-mengusik antara dua pelawak popular, Shuib Sepahtu dan Zizan Razak masih lagi belum berkesudahan.

Jika beberapa hari lalu, Zizan dilihat sakan ‘membahan’ Shuib dek kerana motosikal Yamaha Y150 ZR yang baru dibelinya telah diubah ubah suai si isteri, Siti Sarah dengan dekorasi manik dan bunga-bungaan.

Kini, giliran Shuib pula ‘menganjing’ Zizan dengan sepotong kata-kata hikmah yang telah dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Biar berbunga, jangan tak berpunya -Shuib-,” tulisnya.

Di bahagian kapsyen, Shuib memberi tahu ungkapan tersebut merupakan satu lagi falsafah yang berguna buat kehidupan Zizan.

IKLAN

“Assalammualaikum,salam Jumaat semua. Satu lagi falsafah yg berguna buat kehidupan @zizanrazak869,” katanya.

Entri tersebut memperlihatkan gambar mesra Shuib dan Siti Sarah saat menunaikan umrah di tanah suci, Mekah.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan telah Shuib itu.

“Biar Berbunga, Jangan Tak Berpunya,”- Setempek Shuib Balas ‘Quote’ Buat Zizan Razak, Padu ‘Menganjing’!

IKLAN

“Biar Berbunga, Jangan Tak Berpunya,”- Setempek Shuib Balas ‘Quote’ Buat Zizan Razak, Padu ‘Menganjing’!

“Biar Berbunga, Jangan Tak Berpunya,”- Setempek Shuib Balas ‘Quote’ Buat Zizan Razak, Padu ‘Menganjing’!

Ketika ini rancak di media sosial kisah diantara Zizan dan Shuib tentang obsesi mereka terhadap motosikal Yamaha Y150 ZR atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Ysuku’ dikalangan peminat motorsikal.

Sumber: Instagram Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI