Drama bersiri terbaru,Hati Yang Dikhianati terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.merupakan sebuah lagi naskhahadaptasimelayu daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asal dalam Bahasa Sepanyol, ‘Mis Tres Hermanas’.
Kisah melodrama yang diterajui olehRicardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Mollpada ketika itu pernah mencetuskan fenomena luar biasaketika siri tersebut ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2002.
Karya‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia inidiarahkan olehRiza Baharuddinserta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklahIsyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam-Noorserta ramai lagi.
Tampil denganformat berbezaberbanding sebarang karya adaptasi yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro, buat julung kalinyastruktur naratif penceritaan dan pembinaan wataknaskhah ini bakal ditentukan berdasarkan konsep modelinteraktif terbuka atau ‘open-ended’yang dipengaruhi oleh maklum balasaudiensdan rekod jumlah tontonandari semasa ke semasa.
Jumlah keseluruhan episoduntuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.
Ads
DramaHati Yang Dikhianatibakal bersiaran menerusi slot Tiarasecara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 laludi saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Menurut Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima, pihaknya kali ini memberi ruang kepada penonton untuk menentukan ‘plot tsiwt’ yang diinginkan.
“Seperti yang umum ketahui,trend pembikinan drama dan kecenderunganaudiens sering berubah mengikut peredaranmasa.Oleh itu, Astro selaku pembekal kandungan utama di Malaysiamemainkan peranan besar untuk menyumbang kepada perkembangan karya kreatif tanah air.
“Sebelum ini, kami merupakan antara perintis awal yang mengangkat format adaptasi naskhah novel populardan karya antarabangsa ke versi drama Melayu. Walaupun mengundang perdebatan yang hangat di kalangan peminat dan pembikin drama pada awal format tersebut diperkenalkan, namun ternyata keberkesanannya sudahpun terbukti menerusi puluhan drama yang telah kami terbitkan sebelum ini.
Ads
“Terbaharu, kami ingin mengorak langkahterus ke hadapan untuk melakar sejarah baharu dengan memperkenalkan format interaktif ‘open-ended’menerusi drama adaptasi ‘Hati Yang Dikhianati’.Menerusi format ini, kami memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan yang mereka mahukan untuk drama ini.
“Sesebuah watak boleh berkembang atau dimatikan mengikut kecenderungan audiens. Begitu juga dengan jalan penceritaan secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, Norzeha turut menjelaskan panel perunding khas yang berpengalaman telah dilantik untuk membuat penilaian semasa berdasarkan rekod jumlah tontonan serta maklum balas yang diterima daripada audiens.
Ads
“Kami juga tidak menetapkan sebarang episodkhusus untuk drama ini kerana ia juga turut bergantung kepada data dan maklumat yang akan diproses oleh panel perunding kelak.
“Format sebegini mungkin agak baru untuk masyarakat Malaysia. Namun, ia sebenarnya sudah popular dan sering diguna pakai oleh ramai ‘content creator’ di luar negara. Antara naskhah terkenal antarabangsa yang memberi inspirasi kepada kami untuk berkarya termasuklah‘Hollyoaks’ dan ‘Eastenders’terbitan BBC serta ‘General Hospital’terbitan ABC.
“Ketiga-tiga naskhah tersebut sudahpun mempunyai ribuan episoddan masih lagi ditayangkan sehingga kini. Mengikut rekod juga, ramai bintang-bintang telah dilahirkan menerusi penerbitan naskhah ini.
“Kemunculan media baharu telah mengubah cara audiens menikmati sesebuah kandungan pada era digital ini. Mereka juga lebih ekspresif dan mempunyai idea tersendiri yang ingin kami raikan bersama.Walaupun ini merupakan sebuah taruhan yang berani, namun kami yakin format ini akan disambut baik oleh penggemar drama Melayu yang mahukan kelainan,” katanya lagi.
Menarik, kami kongsikan juga antara trivia drama bersiri yang diharapkan mampu mengulangi fenomena sebagaimana naskhah asalnya ini;
1. Audiens boleh mula menghantarkan sebarang idea, cadangan atau maklum balas untuk drama ‘Hati Yang Dikhianati’ selepas dua minggu drama ini mula ditayangkan iaitu pada 23 April 2021 di platform rasmi Gempak.
2. Perubahan naratif penceritaan dan plot twist serta pembinaan watak berdasarkan maklum balas audiens dan jumlah tontonan semasa akan mula disuntik pada episod40 dan seterusnya.
3. Amar Baharin yang memegang watak sebagai‘Zuhri Elyas’ atau ‘Santiago’ dalam naskhah asal mengambil keputusan untuk berpindah ke Perlis buat sementara waktu bersama keluarganya yang tercinta bagi memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan penggambaran drama ini.
4. Sebelum ini, Amar Baharin juga pernah memegang watak utama dalam beberapa buah drama di slot Tiara, Astro Prima. Antara drama-drama yang pernah dijayakan termasuklah ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ dan‘Akadku Terakhir’.
5. Semasa naskhah asal ‘Mis Tres Hermanas’ disiarkan buat pertama kali di Malaysia sekitar tahun 2002, Amar Baharin masih lagi di bangku sekolah menengah.
6. Pelakon berbakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Isyarianayang memegang watak utama sebagai ‘Lisa’ turut berpadu suara dengan penyanyi baharu Dean Eimanbagi menjayakan lagu runut bunyi untuk drama ‘Hati Yang Dikhianati’. Lagu yang sama dalam versi asal berjudul ‘Purest of Pain’ atau dalam Bahasa Sepanyol‘A Puro Dolor’telah dinyanyikan oleh Son By Four.
7. Penggambaran drama ‘Hati Yang Dikhianati’ masih berjalan dan sehingga kini sudahpun mengambil masa lebih kurang 90 hari. Antara lokasi penggambaran yang terlibat termasuklah di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Perlis.
8. Selain itu, pihak produksi juga mengambil keputusan untuk mengubah lokasi penggambaran ke Perlis dan bergegas kesana dalam masa 24 jam untuk mengelakkan sebarang kesulitan di lokasi. Ketika itu, lokasi asal di sekitar Kuala Lumpurtelah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) pada awal tahun yang lalu.
9. Aspek keselamatan merupakan antara cabaran terbesar yang harus ditempuhi sepanjang pembikinan drama ini kerana terdapat banyak babak yang melibatkan kawasan pembinaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Sufian Suhaimi memaklumkan lagu Budi hasil kolaborasi bersama penyanyi rap, Luca Sickta dan Kmy Kmo tidak akan bersaing di pentas separuh akhir muzik-muzik 38 (SFMM38) petang ini.
Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri oleh Sufian menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
“Assalamualaikum! Berat hati saya ingin memaklumkan lagu Budi tak akan bertanding di semi final Muzik Muzik kali ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, Sufian tidak menjelaskan punca sebenar lagu tersebut tidak akan dipertandingkan.
Pada masa sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagi Di Matamu itu merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mengundi dan menunjukkan sokongan terhadap lagu Budi.
“Terima kasih buat semua yang mengundi dan memberikan sokongan
buat lagu Budi.
“Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan rakan yang bertanding.
Sementara itu, Luca Sickta pula akur dengan keputusan tersebut dan menyifatkan bukan rezeki mereka untuk bertanding di pentas berprestij itu.
“Kami hargai peminat lagu Budi. Malangnya, kami tak boleh teruskan ke pentas itu atas sebab tertentu.
“Mungkin rezeki di pentas yang lain,” tulisnya di Instagram Stories.
Sekadar informasi, Budi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya daripada Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sufian Suhaimi & Luca Sickta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya ingin bagitahu kepada anda semua, Alhamdulillah syukur saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan sendiri oleh ayahnya di Thailand.
“Ada sebab mengapa saya menikah di sini kerana ingin memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini telah didaftarkan. Yang penting sah di sisi syarak.
“Hari ini baru saya bernikah secara sah bersama Ira Kaza. Yang sebelum ini orang kata saya dah kahwin, saya lupakan sahaja.
Anak kepada penerbit terkenal ini antara lain menerusi video sama turut berharap agar semua pihak termasuk kelurganya untuk mendoakan yang terbaik.
“Terus terang saya tak mahu membelakangkam kelurga saya. Yang saya harapkan adalah doa yang baik-baik daripada kedua ibu bapa dan keluarga.
“Saya berdoa juga agar keputusan saya ini dirahmati, dilindungi dari segala fitnah dan hasad jahat orang,” akhirinya.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bergelar ibu pada usia 31 tahun, pelakon cantik Anzalna Nasir mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anaknya, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua bulan 19 hari.
Menerusi perkongsian di Instagram bayi lelaki berkenaan, Anzalna mengajar anaknya mengenal nombor dan gambar sambil diperhatikan Eidress tersenyum.
“No TV, no phone mummy.. Ok doc! So mummy ajar 1,2,3,4,” tulis Anzalna sambil disusuli dengan tanda palang #2Months19DaysOld.
Sementara itu, netizen terhibur dengan gelagat Eidress yang tersenyum sambil memerhatikan buku yang dibaca Anzalna.
Pada 31 Mei lalu, Anzalna dan Hanif Zaki dikurniakan bayi lelaki, Mohamad Eidrees selepas hasil perkahwinan selama tiga tahun iaitu pada 1 Februari 2016.
Foto : Instagram Eidress
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikritik gara-gara babak mencampak bayi, pengarah, Feroz Kader tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sewaktu penggambaran drama Dia Imamku.