“Biar Mereka Kejar Cita-Cita Mereka Bukan Cita-Cita Kita,” – Dorongan Rita Rudaini Buat Anak,’The Best Mom Ever’!

Share

Terbaru pelakon Rita Rudaini atau gemar dikenali sebagai Rita telah memuat naik beberapa keping gambar anaknya ketika sedang latihan bola sepak di akaun Instagram miliknya. 

“Apa jua minat mereka,mommy sentiasa support dgn doa……tiada paksaan,tiada tekanan,bebas utk memilih,asalkan mereka gembira di usia ini…kerana mommy percaya,anak2 yg membesar dgn gembira dan sihat,akan cpt matang…..”

“tugas mommy sbgai ibu,beri sokongan yg positif dan sbgai rujukan utk mereka mintak pendapat n nasihat…..biar mereka kejar cita2 mereka bukan cita2 kita …” tulisnya. 

Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Binti Mokhtar telah meluahkan kata-kata semangat kepada anaknya yang mahu menjadi seorang pemain bola sepak. Rita juga mengatakan dia sebagai seorang ibu tetap menyokong cita-cita anaknya itu. 

Lalu kata-kata Rita itu telah mendapat perhatian dan pujian oleh netizen. Malah ada yang mengatakan Rita adalah ‘The Best Mom Ever’. 

Memang betul kata-kata Rita tu, sebagai seorang ibu harus menyokong apa sahaja cita-cita anak yang ingin dicapaikan. 

Untuk rekod, Rita telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun telah bercerai pada September 2013. Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun. 

Foto : Instagram Rita Rudaini

Published by
Nazar Rafiqhi